Isnin, 23 Disember 2013

Tangkapan ke 14: Kaki kanan injured..

Salam..

Sudah lama tidak memikat menggunakan pikat.. banyak melatih merbok baru tangkapan sendiri (KRTU) dan merbok kedah (MK).  Semalam petang, otai laman sudah terjun kat anggar jebak KRTU tapi sayang banyak gangguan (orang jogging) kat jebak.  Jadi KRTU sempat derak tandang 3x ajer sebelum merbok hutan (MH) terbang melarikan diri.  Kemudian end of story pasal hujan.

Pagi ini, saya sampai laman membawa pikat sisek 41 dan KRTU, sampai laman merbok; sunyi sahaja yang kedengaran ialah terkukur dok tekan sana sini hehehee... tak aper biarkanlah..  gantung merbok 41 & KRTU.. privilege pada pikat 41 ..  meratus meratus.. seberang sungai menjawab.   Kali nie target otai sebesar anak terkukur.. terakhir sampai asyik melarau ajer tapi suara macam burung siam hehee...Cuma hari nie tak ader pulak,  yang ader otai sisek kurang 40 dan sisek 42 (mana saya tahu kerana kawasan nie memang kalau tak 40 mesti 42).  Laju jangan cakap tapi meratus 3x rapat.. boleh lah ada special..

Dalam pikat meratus ambik ko, 3 ekor sekali himpit pikat.  Satu meratus kat pucuk pokok, satu kat tanah dan satu dari seberang sungai terjun kat tengah pagar.  Yang suara sisek 40 ke bawah kasar dan derak dia memang dah tahu kasar terus meow kat betina..  betina melompat pagar dan Jantan yang dari seberang sungai terjun kat tanah..  Ingat nak berlaga hehee... 


Saya pun tak fokus sangat yang mana satu kat tanah kerana biasanya kalau dah kat tanah bergaduh alamat berkejaran pulak.. lambat lagilah tuh...   TAPI hari nie lain pulak, yang kat tanah terus naik sekor.. kat anggar jebak.. derak sekali kemudian geleng derak lagi dan geleng lalu terus melambung pendek tuppppp the end.. hehehee jebak bergegarlah...  tanda MH dah kene..  Kamera memang tak bawa termasuklah walet sekali hehee..   jadi masa pegang merbok terlepas satu kaki terpegang satu kaki ajer tuh yang rasanya sebabkan merbok baru dapat nie injured.. kat kaki  tempang pulak adusssss...

Tengok burung adus nyesal tak pegang betul tadi.. bukan aper sangkut jebak tinggi sangat masa nak ambil burung, jadi handle burung susah sikit & lagi satu burung nie boleh tahan gelupurnya pasal lambat ambik kerana patah balik ambil kain tutup pikat.. apalah macam tak pernah dapat burung..  harap2 tak matilah merbok nie.. reward tuh.. mulut ada bau sikitlah.. sisek R22 & L20.

Itulah tangkapan ke 14 tahun nie..   

Sekian, terima kasih...

-Sam

Rabu, 11 Disember 2013

Bulu Derak Bawah Ekor vs Bulu Dada

Salam..

Kupasan kali ini saya ingin menceritakan mengapakah perlu mencari pikat yang mempunyai bulu dada; bulu plaknya bertemu?

Gambar di bawah menunjukkan bulu dada merbok saya yang baru diasingkan. Lagi banyak bulu plak dada bertemu lebih bagus merbok tersebut.  Rasionalnya.. teruskan membaca.


Rata-rata peminat mengetahui yang bulu plak dada yang baik ialah bertemu tetapi tidak tahu mengapa?.  Melalui pemerhatian saya bulu plak dada yang bertemu kalau boleh dari atas sampai bawah membawa ke ekor di mana tanda bulu derak berada.

Kesimpulan yang saya boleh lakukan ialah burung yang mempunyai bulu plak dada bertemu akan mempunyai bulu plak yang lebat di ekor.  Ini kerana pemerhatian bulu plak pada ekor memerlukan burung dipegang di kaki.  Kalau tersalah tengok maka kita memerlukan alternatif lain untuk menilai burung tersebut.  Lebih tepat sekiranya kita melepaskan burung dalam sangkar kemudian diperhatikan bulu plaknya.. kalau lebat dan rapat maka lebatlah deraknya.

Dengan perkataan lain otai-otai tidak perlu melihat sampai ke bawah punggung (maaf) burung; cukuplah sekadar melihat bulu dada untuk mengetahui burung tersebut mempunyai derak yang lebat ataupun tidak.  Ini kerana kebiasaanya bulu dada plaknya bertemu biasanya hanya seekor dalam seribu (pinjam kata otai Parjoe hehhee).  Jadi janganlah tersalah tengok pula... 

-sam

Rabu, 4 Disember 2013

Istilah 2: Tandang, Kocak gondang & Meow

Salam..

Kocak Gondang
  • Suara bergulung tiada suara menengking.
  • Biasanya volume suara sederhana, jarang yang kasar mempunyai kocak gondang.
  • Volume cowong
  • Semasa meratus
  • Sasaran utama saya kerana burung mempunyai suara yang sedap.
Tandang
  • Sejenis derak dan ekor sedikit naik.
  • Terbaik kalau berlapis atau berulang-ulang.
  • Semua burung mempunyai tandang cuma lebat ataupun tidak.
Meow
  • Selalunya meow terhasil semasa merbok meratus dan  kedengaran seperti kucing.
  • Juga dihasilkan oleh pikat bila burung berdepan ataupun sudah kene jaring.
Sekian, terima kasih.

Sam

Isnin, 2 Disember 2013

Bakal Laman Merbok: Kebun Kelapa Pandan

Salam..

 Berikut ialah kebun kelapa pandan di Tg Karang bakal menjadi port untuk menangkap merbok.  Cuma dikawasan ni kalau merbok sudah nampak orang adalah mustahil untuk menangkap.


Kebun kelapa Pandan di Tg Karang. 


Cepatlah membesar supaya boleh digantung jebak

Sekian, terima kasih.

-Sam

Milah: Penjaga Port Merbok

salam..

Inilah anjing yang menjaga anaknya di port merbok saya.




Sekian, terima kasih.

-sam

Merbok Sisek 36: Tiada Rezeki

Salam..

Mana datangnya merbok ini?.  Kebetulan pada hari Jumaat lepas hari tidak mengizinkan untuk saya memikat, jadi saya ke kedai burung untuk membeli bekas pasir untuk burung.  Kebetulan kelihatan 4 ekor merbok di dalam sangkar bercampur dengan terkukur jawa.  Saya  melihat seekor ini yang memang mempunyai keistimewaan iaitu bulu derak tebal di bawah penyambut.

Saya tidak berminat untuk membeli tetapi selepas saya balik ke rumah merasa kasihan pula kerana pada jangkaan saya burung tersebut tidak akan dapat bertahan lama.  Tambahan racun dari sahabat Kajang yang memberi galakkan hehehe..RM10 ajer hehee..  selepas memberitahu yang burung tersebut memang akan mati.  Memikirkan keistimewaan bulu dada bertemu bulu plaknya saya pun berpatah balik dan membelinya rm15 dengan harapan dapat menjaga dan menjadikannya pikat.  Nampaknya jodoh tidak panjang.

Seperti jangkaan saya sudah ditakdirkan kalau sudah ajalnya tiada siapa dapat menghalang.  Pagi tadi merbok tersebut mati.  Ianya mengalami kecederaan pada bawah leher mungkin disebabkan oleh jaring.  Dari pemerhatian saya ianya dijual pada kedai kerana sisek 36 dan mulut berbau. 

Niat saya tidak kesampaian untuk mengubat burung tersebut.  Merbok pertama mati di tangan saya.  Adusss patutlah  masa menangkap langsung tak melarikan diri.. rupanya kecederaan tergantung lama pada jaring.  Saya merasakan bersalah juga membeli kerana menjadikan merbok mempunyai permintaan jadi ramai merbok yang akan dijaring lagi.

"Ya Allah, ketemukan hambamu dengan merbok seperti itu lagi.." ... amin.

-Sam

Ahad, 1 Disember 2013

Merbok Sisek 36: Kenapa Mulut Berbau

Salam..

Soalan yang sering ditanyakan dan menjadi lagenda merbok 36 ialah seperti berikut:-

1.  Merbok dengan sisek 36 sering dikaitkan dengan mulut berbau seperti bangkai.
2.  Mudah menjadi tarikan binatang berbisa seperti ular untuk mendekatinya.

Cukuplah sekiranya saya katakan yang perkara di atas menjadikan ianya semakin menarik untuk dirungkaikan.  Kepercayaan di atas samalah dengan kepercayaan Firaun.  Burung yang menetas tersebut tidak dapat memilih berapakah bilangan sisek kerana merupakan dermaan DNA dari induk-induknya.

Saya tidak menafikan yang merbok sisek 36 biasanya mulut berbau busuk.  Ini terbukti kerana saya mempunyai seekor yang bersisek 36 dan memang mulut berbau busuk.  Saya masih menyimpannya kerana bulu deraknya amat istimewa sekali.  Bulu di dada bertemu sehinggakan bulu plaknya sangat hitam dan tebal.

Binatang berbisa juga tertarik dengan bau busuk  mulutnya kerana dari jauh ular dapat menangkap bau burung tersebut.  Jadi dakwaan mulut merbok sisek 36 berkeupayaan untuk memanggil ular juga adalah benar.

Jadi untuk mengelakkan dari menjadi tarikan binatang berbisa, saya sedang mencuba untuk  memberikan bawang putih pada merbok tersebut..  Kaedah pemberian terpaksa saya rahsiakan sehingga saya berjaya merawat burung tersebut.  Pada saya bau busuk datang dari respirasi atau jangkitan pada salur pernafasan burung tersebut.  Bawang putih merupakan antibiotik semula jadi.

Sekian, buat kali ini.

-sam


Jumaat, 29 November 2013

Kalau Ditakdirkan Sudah Rezeki: MK bunuh merbok IDAMAN - tangkapan ke 13

Salam..

"Ya Allah Ya Tuhanku!! Kalau sudah ditakdirkan rezeki ku permudahkanlah perjalannya". amin.
Keindahan dan keseronokan terhasil apabila sang merbok baru sudah menangkap.  Inilah hasilnya laman yang memang tidak menjanjikan apa-apa apabila menggunakan pikat sisek 41 TETAPI memberi hasil bagi pikat baru ini.
 


MK (merbok kedah) menjaring burung pertama, dibeli dari Kedah pada ~ 2 minggu lepas (bukan pikat).  Jebak yang sudah dihias dengan pokok Olan bagi mengelakkan kekecewaan seperti kelmarin.
MH (merbok hutan) tersungkur akhirnya.  Tak perlu saya ceritakan lagi hasil tangkapan cukuplah kalau saya katakan saya dah cuba menangkap dari mula bermain merbok lagi ~ awal mei 2013.   
Dipendekkan cerita petang ini jam 5p.m saya bertolak ke laman.  Laman yang memang indah dan sempurna untuk merbok tetapi sangat bising menyebabkan saya sendiri tidak dapat menumpukan perhatian pada suara MK.  TAMBAHAN  saya sibuk memikat menggunakan EK pikat terkukur tua yang semakin garang tahap maksimum.
Selepas menggantung saya memasang racik terkukur; saya terus menyorok agak jauh dari merbok MK.  EK perform menyelang menjadikan saya tidak  bosan di laman.  Turun terkukur hutan tetapi tidak memasuki laman racik kerana EK asyik menarik kakinya sambil angguk.  GAGAL menangkap tambahan anjing MILAH (gelaran yang saya berikan) asyik dok mengendap pikat… saya ambil terkukur. Masa mengambil terkukur saya perasan jebak merbok tertutup.. tengok tiada burung.. ishhhh peliknya…saya check kat lantai laman memang tiada bulu.  Saya lihat MK bukan jenis yang mengelupur atau bergerak dalam jebak.. jenis membatu menunggu burung hehhee..
Tinggal masa kecemasan sebelum hendak maghrib..  saya biarkan dahulu MK kemudian datang merbah kapur..tanda burung hendak sampai…  tuppp masuk otai.. kat sini hanya ada 2 otai samada teleng +  sudu itik ataupun jenis derak kasar.  Saya tidak dapat memastikan mana satu yang kene kerana semasa merbok hutan berdepan, saya cuma nampak burung dari sisi sambil berdoa terjunlah.....  kene repeat petang esok & lihat yang mana tiada… hehehe.
Satu kepuasan maksimum apabila merbok yang baru dibeli sudah membunuh hehhee… lepas nie burung dari ladung sendiri pula untuk dilatih.
-sam

Rabu, 27 November 2013

Merbok baru: Asal Kedah


Salam..

2 minggu lepas iaitu 9/11/13, bersamaan hari Sabtu saya ada menerima sekor merbok dari Kedah yang dibeli dengan harga RM1xx.xx.  Tujuan utama saya untuk membeli ialah untuk membuat network dengan sahabat di sana. Memandangkan merbok tangkapan belum ada yang betul-betul naik.  Pembelian secara tidak dengar suara dan melihat burung ini berjalan sangat lancar.  Selepas 2 hari dalam sangkar bulat saya terus membawa ke laman.  Cuaca memang cantik dan ditakdirkan burung tersebut meratus 3 kali kemudian diam.   

Hasil dari suara merbok dalam jebak tersebut menyebabkan merbok otai kawasan tersebut, terus melambung ke arah pikat baru dan adegan menderak bermula.  TETAPI sayang Merbok Kedah (MK) tersebut masih baru dan tidak menjawab derak merbok hutan.  Alhamdulillah MK sudah meratus walaupun sekali itu sahaja berbunyi.

Saya meneruskan LATIHAN dengan membawa MK dalam jebak, hasilnya hanya melarau...  kemudian saya declare pada group otai2 hehhee.... yang saya akan asak burung tersebut dan hasilnya petang semalam merbok tersebut meratus 3x juga.  Datang sekor otai geleng ke anggar.  Teleng dan menggeleng.. masalahnya pikat terlindung dengan kantau jadi tidak nampak pikat tengah buat aper.. MH (merbok hutan) memang menderak-derak..  jebak tidak ditutup dengan daun2, jadi belum rezeki lagi nampaknya.

-sam

Ahad, 24 November 2013

Tangkapan ke-12 (Sisek Kiri 20 & Kanan 22, Jumlah 42)

Salam..

Sabtu 23/11/2013, hanya sempat melaman sekejap.  Kali nie terkukur dan merbok tak ada yang cepat ditangkap, & saya tidak dapat menunggu lama.  Ada urusan AD-HOC hehhee.. kacau hehehehee..

Ahad, 24/11/2013 bergerak agak lambat ke laman..  sampai laman kedengaran merbok dari seberang Sg Damansara meratus menandakan merekalah garang.  Saya pun mengambil pikat dan mula membuat sedikit samaran pada jebak.  Hp  berbunyi dan menerima panggilan daripada peminat merbok Fxxx, dari Klang.   Saya terpaksa meminta excuse 5 minit untuk menggantung pikat tambahan pula otai suara kasar dan laju sudah turun ke tanah berhampiran tempat saya ingin mengantung pikat.  Selesai menggantung, terus saya bersembunyi; hp berdering & sempat juga berborak dekat 5 minit dengan sahabat baru.  Otak berfikir dan mata masih fokus pada Otai yang berada pada anggar & memang burung yang disasarkan.  Sesi berderak berlangsung tetapi disulami dengan pikat masih meratus. 

Saya confuse kenapa dengan pikat membelakangi MH (merbok hutan) yang datang.  Sekejap berpusing kejap derak, kemudian meratus.  Pelik!!  Selang 3 minit MH masih belum terjun yang kelihatan kepala MH yang sekejap hilang sekejap timbul disebabkan Olan yang melilit pagar sambil menderak.  MH turut meratus kemudian menderak mengikut rentak pikat.  Saya meminta izin untuk off-line dengan Sahabat baru; kerana ingin fokus pada permainan MH.   Saya terlepas pandang dan mendapati jebak sudah tertutup dan kelihatan merbok berada pada jaring rapun.  Otai idaman hati sudah bungkus hehhe hati sudah berdebar hendak memegang Otai.. TETIBA Otai terbang dari tempat landing tadi. ALAMAK burung mana nie.. tengok sisek 42 tiada pecah..  menandakan burung bagus untuk dijadikan pikat.  REZEKI hari ini & pindah laman pikat pula seperti tidak perform.  LAMAN sudah panas.. tuan pun panas juga.


Rotan tiada akar pun berguna juga.

Sekian sahaja untuk hari ini.

-Sam

Jumaat, 22 November 2013

Kawanan Merbok: Satu Kawasan Pelbagai Suara

Salam..

Alamak benda tulisan sebelum nie cuma draft sahaja macamana boleh publish hehee confuse saya.

OK.. study punya study terjumpa satu lagi hipotesis lagi....

"Dalam satu kawasan mungkin akan mempunyai lebih dari sekor merbok.. yang terdiri dari pelbagai suara dan kualiti hampir sama jika datang dari satu keturunan atau induk".

Soalan 1:  Mengapakah kalau dilihat ada satu kawasan kebanyakan burung mempunyai derak kasar & suara samada kasar atau sederhana?.   

Jawapan:  Datang dari induk yang sama.  Induk yang sama biasanya mempunyai tahap kegarangan yang sangat maksimum.  Jadi keturunannya turut mempunyai sifat yang unggul.  Jadi tidak hairanlah jika satu kawasan dijumpai merbok yang mempunyai derak yang kasar, hampir semuanya.

Soalan 2:  Adakah boleh ditangkap semuanya?

Jawapan:  Silakan menangkap tetapi selepas itu kalau yang naik bukan dari derak yang kasar maka baka tersebut akan berkembang maka kawasan tersebut sudah tidak mempunyai burung yang baik untuk dijadikan pikat.  Pemikat harus mempunyai kesedaran apabila sudah menangkap yang tua, boleh diteruskan menjaring untuk ke-2.  Sekiranya tangkapan ke-2 burung muda maka diketahui kawasan tersebut sudah boleh ditinggalkan untuk memberi ruang yang muda belia naik seterusnya menjadi otai.  Kalau diteruskan menangkap di kawasan yang sama, ditakuti burung ke-3 yang ditangkap mempunyai kualiti yang kurang KECUALI kalau ada otai lain yang menjadi sasaran maka boleh diteruskan.  JADI  tepuk dada tanya selera samada hendak bermain semusim sahaja atau lama.

Soalan 3:  Bagaimana satu kawasan mempunyai pelbagai suara?

Jawapan:  Allah s.w.t jadikan merbok mepunyai pelbagai suara.  Saya kaitkan dengan bilangan sisek sahaja.  Sebagai contoh asalnya satu kawasan mempunyai sepasang induk; jantan sisek 37 & betina 40.  Dari sini anak yang terhasil pun mungkin mempunyai sisek 37 atau 40 atau lebih atau kurang.  Jadi suara akan berbeza antara satu sama lain.  Makanan turut membezakan fizikal mereka kerana akan ada yang lebih besar dari yang lain disebabkan kawasan merumput berbeza.  Ada juga dari sifat yang suka meratus di laman menjadikan mereka kurang makan berbanding sedara merbok yang rajin makan sahaja.

Soalan 4:  Apa kene mengena dengan orang yang memikat?

Jawapan:  Sangat penting kerana dengan fahaman yang  betul pemikat harus tahu bila untuk bermula menangkap dan berhenti menangkap untuk menjaga keturunan merbok dalam satu kawasan.

Soalan 5:  Kalau saya tak menangkap orang lain akan menangkap?

Jawapan:  Kalau setiap pemikat tahu bila hendak berhenti menangkap di satu kawasan maka perkembangan baka tertentu akan terjaga.  Kalau diteruskan juga ditakuti hanya memenuhi ladung di rumah sahaja. 

Soalan 6:  Merbok tidak akan habis?

Jawapan:  Di Indonesia yang dipenuhi sawah juga diharamkan menangkap merbok alami/ liar disebabkan pupus jadi tidak mustahil begitu juga di Malaysia.

Isnin, 18 November 2013

tangkapan ke 10 & 11

Salam..

Pada Jumaat lepas 15 November 2013 saya bercuti kerana menyelesaikan urusan perbankan.  Pada sebelah pagi sempatlah melaman.  Dapat sekor tetapi betina dan keesokannya bertelur.  Aduss kalau tahu hendak bertelur saya akan lepaskan (Mungkin juga yang bertelur betina sebelum ini).






Betina: Bulu putih sangat kurang diparuh sampai ke kepala

Dapat sekor terus balik kerana masa tidak mengizinkan.

Pada Sabtu 16 November 13; cuaca pagi yang cantik menyebabkan saya terasa sangat nak memikat merbok, tambahan pula teringat-ingat merbok yang melambung-lambung semalam selepas menangkap betina di atas. 

Hasilnya, saya mendapat merbok sisek 43, burung yang melambung-lambung semalam.  Laju jangan cakap TETAPI suara ada variation atau ada burung lain yang turut berbunyi.  Keistimewaan burung ini ialah BULU HITAM (kalau terkukur - terkukur jerunlah http://pusat-jualan-terkukur.blogspot.com/#!/2013/05/sekadar-bercerita-pikat-jerun-vs-bh.html) sampai atas kepala.  Bulu plak kat ekor memang gelap dan tebal.   Ambil gambar burung tersebut dilaman, TETAPI  anak sulung saya lagi hebat.. dia dah DELETE gambar laman tersebut disebabkan memori hp & kad dah penuh heheee maklumlah saya tangkap gambar menggunakan resolusi tinggi.  Punyalah tension terus jual BB terkukur jebak yang kebetulan ada pembeli semata-mata untuk membeli kamera.  Yang lama brand Nikon dah rosak hehee..




Bulu kepala dihujung ada warna hitam, lagi banyak lagi reward burung tersebut (Kalau terkukur ialah terkukur jerun kalau merbok????).


Bulu plak lebih gelap pada pangkal bagaimanapun tidak dapat ditunjukkan kerana kualiti hp



Bulu dada yang bertemu dan tersusun serta gelap berbanding burung biasa.



Pelentik untuk jebak baru yang dijumpai pada minggu lepas dalam proses pembentukan heheee.

-sam





Selasa, 29 Oktober 2013

Sisek Vs Suara

Salam..

Apakah perkaitan antara suara vs sisek.  Saya akan cuba untuk mengupas hubung kait suara dan sisek merbok.  Sesungguhnya burung merbok ini merupakan haiwan yang unik dan amatlah sukar difahami.  Semakin saya mendalami ilmu suara merbok ini semakin banyak yang tidak saya fahami dan betapa saya sangat mengkagumi keindahan ciptaan Allah s.w.t ini.

Sebelum saya pergi lebih lanjut saya ingin membuat kupasan mengenai isu berikut:-

Untuk memahami hubungkait di antara suara dan sisek marilah saya permudahkan....

TEORI atau HIPOTESIS saya ialah "Merbok yang mempunyai sisek di atas 40 (41,42, 43) mempunyai suara yang laju dan kebanyakan volume besar dan keras".

Jadi apabila sepanjang saya bermain merbok itulah penemuan saya.  Sekiranya rakan2 merupakan orang yang mengambil kira sisek merbok dan berminat pada sisek bawah 40, janganlah menangkap burung yang bersuara laju.

Mengenai sisek 44 saya belum menemukan burung yang mempunyai sisek 44, tetapi saya dapat bayangkan apabila burung ini meratus tidak akan ada tek tek suara tengah burung tersebut.  Jadi ia akan kedengaran seperti Merbok yang mempunyai suara depan dan belakang sahaja atau jalan dua.  Kekadang burung seperti menderak sahaja bunyinya jika tidak diamati dengan betul2.

Sekian sahaja dari saya buat masa ini..

Sam 

Selasa, 22 Oktober 2013

tangkapan ke-9 (sisek 37 - tiada photo)

Salam..

tangkapan ke 9 kali nie di kawasan yang sama cuma berlainan tempat dengan burung ke 8 & ke-7.  Pagi Ahad lebih kurang jam 10 a.m saya ke laman.  Sekadar hendak mendengar burung otai yang lain.  Seperti dijangkakan otai ini menderak kasar dan lebat.  Cuma pada hari tersebut banyak sangat musuh termasukkan helang dan sikap.

Jadi pada 21/10/13 saya mengambil keputusan untuk repeat di kawasan yang sama betul-betul di bawah pokok otai tersebut meratus.  Hasilnya sekor burung merbok otai yang kakinya bewarna merah.  Semasa di laman selepas menggantung pikat, terus sahaja pikat meratus kemudian disambut oleh otai.  Sesi menderak hampir belangsung 2 minit cuma tidak dapat fokus kerana online dengan pembeli terkukur.

Kemudian dari pokok saya nampak otai melambung keluar terus terjun ke arah pelentik.  Satu pemandangan yang tidak dapat digambarkan di mana2 pun.  Pegang kaki burung tersebut dan saya lihat bulu derak.. patutlah berderak sahaja...  Memang hebat.

Insyallah selepas nie semua report bergambar.. hp ada kamera dah jumpa semula..

Sekian, terima kasih.

Sam

Isnin, 14 Oktober 2013

tangkapan ke-8 - Sisek 42

Salam..

Hari ini Isnin 14 oktober 2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.. saya bercuti dan bercadang untuk meracun kebun.   Tengok cuaca sayang pula hendak meracun kerana kebun belum semak hehee, dan weekend lepas memang tidak boleh bermain merbok..

Pendek cerita sampai ke TTDI Jaya, saya memasang pikat.   Serentak dengan itu kedengaran derak, 1, 2, 3, 4, 5 wowww.. siapa punya angkara nie..kelibat otai masih tidak nampak..  Selang seminit otai mula berbunyi dan kedapatan 3 suara berbeza.  Suara otai adalah suara idaman saya tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.  Suara ke dua adalah suara kasar dan dijangkakan burung bersisek lebih dari pikat iaitu sisek 41. Suara ke 3 suara anak hehee...

Kemudian suasana semakin gamat kerana merbok dari seberang sungai Damansara turut menyambut kedatangan pikat..  sekarang merbok hutan sibuk berperang suara sesama sendiri termasuklah melayan pikat.  Tidak sampai dua minit pun kelihatan kelibat otai no 2 datang terus ke arah jebak.  Dia memijak anggar, kemudian adjust kedudukan lalu terus terjun ke arah jebak..  the end.  Saya ambil burung dan sangkut jebak pada tempat yang sama.  Kemudian terbang melambung otai no 1 menyeberang sungai..  aksi hebat berlawan di seberang sungai..  saya tunggu hampir 5 minit otai berpatah balik ke anggar asalnya.  Berlawan suara dengan pikat.. tetapi terlalu banyak gangguan.  Lori simen, pasir sudah mula beroperasi jadi saya terus mengambil pikat kerana tidak tahan habuk menyebabkan kereta berdebu dan hari mula panas walaupun jam pukul 8.00a.m.  Ingat nak juga tengok pikat menangkap tetapi keadaan tidak mengizinkan..

Belek otai suara laju.. hahahaa tekaan tepat dari suara memang dah tahu sisek 42.  Derak boleh tahan juga dan dari muka dah kuning menunjukkan burung sudah matang (tua) sesuai dijadikan pikat.  Tadi tengok kat ladung dia dah merampas tempat tenggek dari burung  muda hehee.  Cuma terkilan hp yang ada kamera anak guna untuk menangkap gambar Slugtera biarlah hehehee.

Sekian, sahaja kali ini.

Sam

Rabu, 2 Oktober 2013

Tangkapan ke 7 - sisek 40

Salam..

Lama sudah tidak menangkap merbok kerana disebabkan tiada masa.  Kebetulan hari ini saya bercuti, jadi bolehlah layan di waktu pagi.

Ambil pikat sisek 41 dan bersiap ke padang golf glenmarie.. main di luar sahaja.  Sampai saya di laman, saya terus menggantung pikat.  Pikat terus berbunyi meratus dua kali dan terus menderak.  Nampak performance pikat sudah meningkat naik dari sebelum ini.

Hampir sejam barulah ada sambutan dan merbok hutan sekadar melambung ulang-alik sebanyak dua kali tetapi tidak singgah di jebak.  Nampak gaya burung tersebut bukanlah otai yang di cari.

Selepas hampir sejam setengah barulah sepasang merbok masuk ke kawasan ini.  Selang 5 minit barulah merbok hutan tersebut terbang naik anggar dan duduk disebelah jebak.  Sampai anggar merbok hutan terus menderak membelakangkan pikat.  Jeng! Jeng! Jeng! petanda baik nak bungkus merbok.  Kalau duduk anggar masih meratus panjang cerita lagi.  Masalahnya pikat tidak jelas kelihatan tapi dari gaya burung hutan, Pikat berlawan derak dengan burung hutan hampir 5 minit.  Owner sudah panas punggung dan penantian berakhir bila merbok hutan berpusing dan terus terjun kepelentik jebak baru buatan Saudara Zaidi Zakaria. 

Terima kasih brother Zaidi Zakaria, tempahan selama 3 bulan berbaloi juga hehee..



                                                  Laman di Padang Golf Glenmarie

                      Otai yang cuba ditangkap 3 bulan lepas sisek 40, suara kasar clear dan banyak derak

-sam

Selasa, 17 September 2013

Menjinakkan Merbok

Salam..

Ada yang bertanya kepada saya bagaimanakah menjinakkan merbok?

Terus terang saya katakan bacalah di blog ketitirpikat.  Ada petua menjinakkan merbok untuk dijadikan pikat.  Ada juga cuba menjinakkan merbok kemudian barulah di bawa ke hutan.

Cara yang saya gunakan ialah  memasukkan merbok di dalam jebak.  Dingatkan tiada cara singkat untuk menjinakkan merbok.  Masukkan sahaja merbok dalam jebak dan gantung.  Yang penting masa mengendalikan burung tersebut mestilah dengan lemah lembut elakkan dari membuat pergerakan yang mendadak kerana merbok burung yang mudah terkejut. 

Apabila merbok sudah berbunyi di dalam jebak Insyallah burung akan jinak dengan sendirinya.  Cuma hati kene keras sikitlah.. maklumlah burung yang hebat-hebat masuk dalam jebak kemudian hancur bulu sana sini, mana hati boleh tahan.  Itu perkara ke-2 kerana kedapatan pikat yang sudah banyak membunuh pun masih hancur kepalanya.  TETAPI perlu diingatkan apabila kepala yang koyak sapukanlah dengan ubat antiseptik kuning yang boleh dibeli di kedai FARMASI pada harga di bawah rm5.00.  Kalau teruk berikanlah antibiotik burung selama 5 hari. 

Insyallah kita telah berusaha dan merbok idaman hati akan sayang pada tuannya dan akan beraksi hebat untuk tuannya.

-Sam

Isnin, 5 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SAYA INGIN MENGUCAPKAN 



MAAF ZAHIR & BATIN

BUAT SEMUA

PEMINAT BLOG

MEMIKAT MERBOK



Rabu, 31 Julai 2013

Kacang Hijau: Pemberi Tenaga Pada Merbok

Salam..

Minggu ini saya ingin menceritakan kaedah pemberian kacang hijau pada burung kesayangan kita merbok.

Pemberian kacang hijau ini saya pelajari sejak tahun 2000 lagi melalui website perkututmall.  Kemudian saya bertemu lagi dengan artikel di blog ketitirpikat.

Sejak mula bermain merbok saya amalkan pemberian kacang hijau.  Bilangan bergantung pada mood saya.  Kalau dah letih cukuplah.  Apa yang saya ingin ceritakan ialah kaedah pemberian kacang hijau dan bagaimanakah menyediakan kacang hijau tersebut.

Kaedah yang saya amalkan ialah dengan merendam kacang hijau menggunakan air panas baru mendidih.  Kemudian saya bilas kacang hijau tersebut untuk membuang kekotoran pada kacang hijau tersebut lalu dibuang airnya.  Kemudian tambahkan air baru dan dibiarkan selama 2-8 jam (ikut kelapangan saya) kemudian saya suapkan pada burung tidak kisah disebelah malam sebelum turun laman atau sebelum turun laman.  Sebelum menyuap kacang tersebut, saya berikan dahulu air kacang hijau tersebut dengan memasukkan paruh merbok ke dalam air rendaman kacang hijau untuk membasahkan tekak merbok bagi membolehkan kacang ditelan dengan mudah.  Kemudian barulah menyuap merbok dengan kacang hijau.  Kemudian disudahi dengan mencelupkan paruh merbok ke dalam air kacang hijau tersebut lalu burung akan meminum air tersebut.

Air kacang hijau juga merupakan elemen penting untuk memberi tenaga pada merbok kesayangan kita.

Selamat  mencuba.

Sam

Khamis, 25 Julai 2013

Tangkapan ke-6: Sisek 40

Salam..

Hari ini bercuti kerana ada urusan peribadi.  Pendek cerita main merbok tetapi BH tidak datang sekadar melambung ke tempat lain.  Ini tanda-tanda merbok kurang galak..

Pergi ke laman lain pun banyak aktiviti manusia.. so balik ke rumah.  Teringat nak latih merbok tangkapan ke-2.  Merbok ini ditangkap pada 7 June 2013.

Laman:  Bukit Jelutong.
Game:  Meratus Derak Tandang kemudian terus terjun ke pelentik jebak.
Suara:  Sederhana
Jantina:  Betina (to be confirmed)
Sisek: 40

Saya merbok nie belek macam betina tetapi tengok kali ke-2 macam jantan.  So selepas masukkan jebak saya gantung dan naik ke rumah macam biasa.  Tidak sampai 5 minit tengok balik jebak.. macam dah ada burung.  Ish takkanlah dah kene; super cepat betul kali nie..

Enjoy hasilnya.. burung nie dah makan kat ladung tadi.. kemudian burung nie; game dia derak sebelum bunyi, tidor kat sebelah bilik tidor saya.. Pagi tadi baru dengar dia derak dan meratus.. heheee



Dalam latihan dah membunuh.
Ekor kontot tapi sudah makan kat ladung macam kebulur ajer hehee, bakal dilatih menjadi pikat secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

-Sam

Selasa, 23 Julai 2013

Tips Memilih Pikat Merbok: sisek 41,42,43

Salam..

"Pilihlah merbok yang mempunyai sisek 41, 42 dan 43".... 

Apa yang saya cadangkan pilihlah merbok dari sisek atas iaitu 41, 42 dan 43.  Merbok dari sisek ini dikatakan garang dan sudah pastilah mudah berlawan suara dengan MH yang berbunyi TETAPI pastikanlah MB nie sudah meratus dan rajin di rumah.  Kalau merbok baru janganlah nak cuba di bawa ke laman takut kecewa nanti.. takut melarau ajer.. tottoo too toot tooo

Peringatan:  Tips ini sekadar cadangan dari saya sahaja. Insyallah ikut petua orang tua ajer...  TETAPI lepas jadi, SUSAH nak menangkap jangan salahkan saya... peringatan sudah diberikan..

Mengapa yer? .. Burung merbok tangkapan saya ke-3; ialah bersisek 21 kiri dan 21 kanan.   Lebih kurang seminggu selepas itu saya menggantung pikat diluar rumah, merbok ditangkap minggu lepas sudah melarau dengan rajinnya di rumah melawan PIKAT.  Memang masa menangkap pun burung ini melarau kemudian barulah meratus. 

Jadi saya berpendapat sekiranya kita hendak cepat melatih pikat, pilihlah merbok yang dari sisek atas..iaitu 41, 42 dan 43.

Sekian, terima kasih.

-Sam

Isnin, 22 Julai 2013

Tangkapan ke-5: Sisek 37

Salam..

Jam 10a.m baru hendak mencari laman.. Pikat merbok sisek 41 digantung ditempat yang panas tapi hampeh kerana burung langsung tidak berbunyi.  Nampak gaya pikat dah tunjuk turun naiknya.. entahlah orang kata selepas membunuh bilangan tertentu pikat akan mengolah..

Pindah laman ke tempat redup, tinggal sahaja terus meletup.. hahaha.. itu ajer masalahnya..PANAS... oklah diterima jam dah 10.30a.m.  Pikat meratus..meratus.. tapi tidak ada kedengaran Merbok Hutan membalas.. adus.. apa dah jadi nie..

Pindah laman selang 6 pokok... pilih pokok yang tinggal tunggul sahaja.. jadi pelentik jebak nie terjulur keluar, memang target burung terjun terus ke jebak..

Tidak sampai 2 minit pun datang melayang merbok ke pokok depan mata saya.. aduss datang 3 ekor terus..sepasang dan otai yang melambung dari manalah.. harap2 yang datang tuh yang dok menderak sahaja kasarnya deraknya...  Yang sepasang tuh agak muda & dari suara diyakini MH dari sisek 41 dan ke atas..  jadi kurang minat sikit..

Berbalik pada cerita tadi..MH tidak sempat berbunyi ataupun memang saya tidak perasaan kerana tertumpu pada yang muda tadi,  yang Otai terus terjun ke pelentik dan tuppp.. dan aksi tersebut dapat saya lihat dengan jelas.  Adus kene yang mana satu harap2 yang otailah.. kerana dari tadi otai tuh ajer  yang menderak.   Ambil burung dan cari uncang... tertinggal pulak.. Nasib  baiklah main dekat..

Enjoy gambar.. macam biasa tiada gambar laman..


Sisek kaki merah macam burung siam sisek 37.

Memang banyak derak pun. Bulu burung kat kawasan nie memang tebal dan panjang.

Sekian, sahaja buat kali ini.

-sam

 

Rabu, 17 Julai 2013

Istilah & Bilangan Sisek

salam..

Istilah yang biasa didengari ialah merbok derak tandang.  Biasanya burung yang  mempunyai derak tandang dikatakan mampu membawa Merbok Hutan ke jebak dengan cepat.  Sekiranya pikat mempunyai derak tandang yang berlapis bermakna pikat tersebut boleh dikategorikan sebagai pikat gred A.

Derak ini biasanya dilakukan oleh pikat semasa belum meratus dan kebiasaanya pikat yang bagus akan mengeluarkan tandang apabila MH sudah sampai ke anggar merbok yang digantung.  Ada juga pikat yang mengeluarkan tandang apabila MH sudah di jaring oleh jebak.

Sesungguhnya permainan dan seni merbok ini terlalu halus dan amatlah sukar difahami tanpa adanya otai atau cikgu yang mengajar. 

Kajian yang saya lakukan ialah hubungan sisek dan suara amat menarik minat saya dalam mendalami ilmu merbok ini.  Saya belum cukup data untuk membuat kesimpulan.. Jadi secara ilmiah bilangan sisek dapat menentukan mutu suara seterusnya membolehkan saya menangkap yang mana sahaja yang saya kehendaki HANYA dengan mendengar suara. 

Jadi sekiranya difikirkan mengapa otai memilih pikat dari sisek 33,34,35,37,39,40 sebenarnya boleh diterangkan dengan mutu atau kualiti suara merbok tersebut.

Kemudian mengapakah sisek 41,42 dan 43 dikatakan garang dan memilih regu.  Pikat saya ber Sisek 41 dan masih mampu menangkap@menjaring burung bersisek dari julat 37 sehingga 42.  Ini menandakan pikat sedang naik dan sekiranya berjaya menangkap BH bersisek bawah 35 bermakna pikat sudah mencapai satu tahap baru@otai.

Jadi dengan ilmu tersebut maka tiadalah lagi unsur-unsur mistik dalam permainan ini. Insyallah saya mempunyai sekor bersisek 38 dan dikatakan mengolah jika dilaman..  akan saya cuba untuk jadikan pikat.  Mengikut sahabat & otai2 untuk membolehkan Merbok baru yang ditangkap untuk meratus mengambil  masa dari setahun hingga 3 tahun.  Lamanya... patutlah pikat harganya mahal.

-Sam

Isnin, 15 Julai 2013

Tangkapan ke-4: Sisek 39

Salam..

Jumaat 12 July 2013.  Lebih kurang jam 9 a.m kedengaran merbok disekeliling rumah riuh meratus.  Kemudian kelihatan ada yang melambung-lambung menyebabkan adrenalin nak memikat memuncak.  Disebabkan hari Jumaat; masa amatlah singkat ditambahkan pula pikat Sisek 41 belum betul2 stabil.  Keputusan diambil untuk menyangkut pikat di pokok depan rumah.  Jadi dari rumah boleh tengok pikat dan Merbok Hutan (MH).

Dipendekkan citer pikat Sisek 41 perform dengan luar biasa.  MH dari rusuk kiri menyambut cabaran pikat tetapi masih tidak kelihatan.  Saya agak keletihan lalu tertidor ayam.. bila terjaga jengah kepala tengok pikat.. belom lagi..  Akhirnya selepas 3x jengah kepala heheee... inilah hasilnya.   Cari hp yang ada kamera.. tak ada.. jadi tak ada gambar MH kene jebak.. yang ada gambar di bawah sahaja.

Merbok depan rumah.. suara sederhana rendah... game tak dengar tertidor..

Dari fizikal bulu plak sampai atas kepala dan bulu plak dada bertemu sudah cukup untuk menjadikan burung ini adalah burung reward.  Cuma tanda meow ajer yang tak ader  hehhee..

Sekian, sehingga berjumpa lagi..

Terima kasih.

Selasa, 9 Julai 2013

Burung Baru: Sisek 39

Salam..

Minggu lepas saya berkesempatan untuk mencuba nasib melatih merbok yang baru 2 bulan ditangkap dan diasingkan selama 5 hari.

Hasilnya tidak mendukacitakan 3 ekor datang  hendak berlawan tapi sayang kerana saya tidak pasang jebak sekadar menyangkutkan sahaja.

Figure:  Bakal menjadi pikat killer

Dari pengamatan saya merbok ini mempunyai derak yang lebat menyebabkan merbok di tanah terlompat-lompat mencari pikat. 

Sekian, sahaja buat kali ini.

-sam 

Isnin, 1 Julai 2013

Setting Jebak Merbok

Salam..

Saya baru-baru ni ada menukar pelentik jebak merbok dan bagaimanakah ingin mengetahui yang setting kita telah mencapai tahap yang memuaskan... ikuti ujian yang saya lakukan hehehee..

Bagaimanakah hendak setting jebak selepas menukar pelentik?. 

Jebak boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis tergantung dikatakan jenis (tutttt kera) dan jebak jenis biasa.  Insyallah saya akan cuba upload gambar kedua-dua jenis selepas menerima jebak dari sahabat Sg Petani iaitu jebak tutttt kera.  Cara untuk setting nie akan saya ceritakan, Insyallah pada posting yang akan datang & cara setting mungkin akan berbeza bergantung kepada jenis jebak dan mungkin berbeza di antara individu yang lain.

Selepas setting apa yang perlu dilakukan?

Masalah utama kalau tersalah setting jebak akan mudah tertutup sendiri.  Jadi ujian perlu dilakukan suapaya pemikat tidak kecewa di laman.  Jebak yang telah disetting biasanya digantung kosong untuk mengetahui sebarang masalah seperti tertutup sendiri bila ditiup angin dll lagi.  Ujian yang dilakukan oleh saya baru-baru ini telah memberi saya hasil yang memeranjatkan iaitu se-ekor murai cacing.

Hasilnya ini telah saya lepaskan, badan burung nie sangat tegap dan besar.



Figure 1:  Seekor murai cacing yang berkenan kat pelentik baru.


Selepas menangkap murai ini, saya sangat yakin yang pelentik baru ini ada sifat killer untuk menangkap burung hutan.

Sekian, terima kasih.

-Sam

Ahad, 30 Jun 2013

Pikat Merbok (Sisek 41)

Salam..

Menurut ketitirpikat.blogspot.com burung yang bersisek 41, 42 dan 43 jarang dijadikan pikat kerana dikatakan memilih regu untuk berlawan. Bagaimanapun suara merbok sisek ini dikatakan bersuara merdu. 

Kebetulan merbok yang diberikan kepada saya dari ladong sahabat dari Selayang Baru bersisek 41.  Jadi selepas sebulan bermain menggunakan Merbok Baru ini, saya mendapati kelihatan seperti benar dakwaan tersebut.

Bagaimanapun saya telah menerima nasihat dari sahabat dari Kedah yang menyuruh saya bermain di dahan tinggi dan hasilnya ialah seperti di bawah:-

Figure 1:  Merbok RSAT

Burung ini mempunyai sisek 42 dan dari warna sisek kakinya kelihatan warna coklat kemerahan menandakan merbok ini agak muda (belum hitam gelap) & dibuktikan lagi dengan warna biru di sekeliling matanya masih biru dan belum bertukar menjadi kuning.  Kekadang bila terfikir semula tidak padan dengan merbok ini yang memang rajin berbunyi di atas bumbung RSAT sepanjang masa.  Mungkin juga disebabkan bilangan sisek 42 menjadikan burung ini sangat garang.

Saya menggantung jebak pada ketinggian >12 kaki dan merbok hutan (MH) datang dari dahan bawah melompat naik ke atas sebanyak 3 kali dan terus ke anggar jebak.  Kemudian terjun ke arah pikat.  Saya tidak dapat  mendengar suara merbok ini mungkin disebabkan sisek 42, terlalu garang.

Sekian, terima kasih

-Sam

Selasa, 25 Jun 2013

Hasil Tangkapan Merbok

Salam..

Berikut ialah hasil tangkapan merbok dengan burung baru pemberian Sahabat@Sifu Selayang Baru.

Enjoy!!


Laman:  TTDI jaya.
Game:  Turun tanah, naik anggar kemudian derak dan terus terjun ke jebak jarak dalam 6 kaki.
Suara:  Kasar Serak Basah.
Jantina: Jantan
Sisek: 37

















Laman:  Bukit Jelutong.
Game:  Meratus Derak Tandang kemudian terus terjun ke pelentik jebak.
Suara:  Sederhana
Jantina:  Betina (to be confirmed)
Sisek: 40







Gambar kiri:  Tergantung dalam jebak









Gambar kiri:  Bulu derak kat penyambut ekor, boleh tahan.








Sekian, terima kasih.

Sam



Pikat Merbok Kualiti Baik

Salam.

Pemilihan burung merbok untuk dijadikan pikat haruslah dilakukan dengan teliti.  Ini kerana selepas bersusah payah kita melatih pikat tetapi pikat kurang membunuh atau menjaring burung percayalah yang akan susah hati ialah pemikat sendiri.

Kalau dilihat petua otai dalam memilih merbok yang wajib dilihat ialah permainan merbok sebelum ditangkap.  Perkara utama diutamakan ialah suara, derak dan sisek burung.


Suara Meratus:-

Suara ini diperlukan oleh merbok untuk memanggil burung merbok hutan (MH) untuk datang ke pokok yang disangkut jebak.  Tanpa suara meratus yang bagus pun MH biasanya akan singgah ke pokok pikat cuma masa yang diambil agak lama sedikit.  Suara yang diminati oleh saya ialah serak-serak basah.  Tidak terlalu kering sehingga menengking dan tidak terlalu basah sehingga sukar untuk didengari semasa melaman.

Derak:-

Saya tidak mahir dengan jenis-jenis derak, tetapi mengikut law selepas MH datang ke pokok, pikat mestilah melakukan derak.  Derak yang berlapis-lapis akan menyebabkan MH terjun ke pikat dalam masa yang singkat.  Sekiranya pikat deraknya kurang mengancam, maka MH akan berlalu pergi meninggalkan pikat kerana merasa tiada ancaman dari Pikat kita.

Derak yang saya minati ialah derak kasar kerana dapat didengari dari jauh dan kerap pula akan menyebabkan MH sangat marah dan terus terjun ke pikat.  Tanpa derak kasar yang kerap atau berlapis-lapis maka pikat kita tiada yang special. 

Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Jun 2013

Jantina Merbok

salam..

Kalau  terkukur di hutan jantinanya boleh dikenalpasti dengan melihat sepit udang iaitu tulang berdekatan dengan dubur burung iaitu rapat jantan dan jarak satu jari biasanya betina TETAPI tidak bagi merbok.

Saya berjaya menangkap se-ekor merbok di hutan yang mempunyai sepit udang yang besar jaraknya.  TETAPI burung tersebut ialah jantan.  Kedapatan pula se-ekor yang mempunyai sepit udang kecil tapi ianya adalah betina.

Bagaimana cara nak melihatnya??

Menurut sifu Pak Su dari Sg Petani yang saya kenali dan pernah memikat bersama beliau di Selangor, jantina merbok boleh dilihat dari bulu putih di paruh  burung tersebut.  Jika warna bulu putih kerbiruan besar membawa ke kepala maka burung tersebut ialah burung jantan.  Jika warna biru putih sedikit maka burung tersebut betina.

Kemudian kedapatan beberapa blog perkutut dan merbuk cara membezakan jantina juga boleh dilakukan dengan menterbalikkan burung tersebut.  Yang jantan ekor akan mengembang dengan cepat.  Kenapa dan mengapa masih menjadi persoalan bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan merbok.

Sekian, terima kasih.

Sam

Selasa, 18 Jun 2013

Merbok Oh Merbok!!

Salam..

Saya merasa terpanggil untuk membuat blog bagi burung merbok kerana kurangnya maklumat yang diperolehi apabila mencari maklumat mengenai menjebak merbok.  Terdapat dua blog utama yang menjadi rujukan saya iaitu ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html dan http://merbukutara.blogspot.com/.

Di dalam blog ketitirpikat ada menceritakan petua orang lama dalam memilih pikat dan kebanyakan otai memilih merbok yang bersisek 37 kerana dikatakan boleh bermain semua laman.  Bagaimanapun owner blogspot ketitirpikat memilih sisek 40 kerana lebih mudah untuk menjadi pikat dan yang terpenting sekali ialah sesuai dengan beliau.

Merbok amatlah berbeza dengan terkukur dari segi saiz dan perangai. Untuk menjadikan merbok sebagai
pikat amatlah sukar dan memerlukan kesabaran. Oleh itu kemahiran memilih merbok sebagai pikat amatlah penting dan menjadi penentu pikat yang dipilih mampu untuk menjadi pikat yang baik.

Ciri-ciri pemikat

Ciri-ciri pemikat yang baik ada diceritakan di ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html.  Ada sifu yang mengandaikan & membandingkan bilangan sisek dengan pangkat  panglima (sumbangan sifu dari selayang baru) iaitu:-

1.  Sisek 21 Sultan/Raja
2.  Sisek 33 Bendahara
3.  Sisek 37 - 44 - Panglima/Laksmana
4.  Sisek 45 ke atas bentara/rakyat
Bagaimanapun kaedah yang terbaik untuk menjadikan pikat ialah mendengar dahulu derak, angguk, geleng kepala/mengeletek dan jalan suara yang baik semasa menangkap merbok di hutan.  Kemudian dikirakan sisek merbok tersebut dan lihat kategori mana merbok yang diperolehi.  Masalah akan timbul di mana BH terus terjun ke jebak tanpa mengeluarkan suara.  Ini sering terjadi disebabkan BH tersebut sangatlah garang.  Pada masa inilah pengalaman dan petua dari orang tua-tua dengan melihat bulu plak pada bahagian bawah punggung burung tersebut.  Setelah berpuas hati barulah kita asingkan burung tersebut di dalam sangkar bulat.

Menjinakkan merbok

Rata-rata blog dan website  mengatakan untuk menjinakkan merbok gantunglah sangkar bulat ditempat orang lalu lalang dan selalu mandikan merbok tersebut.  Waktu terbaik memandikan merbok ialah pada waktu pagi selepas keluarnya matahari.  Sekiranya hari mendung merbok tidak boleh dimandikan kerana dikhuatiri akan kesejukan kerana saiz merbok yang kecil berbanding terkukur.  Kemudian merbok dijemur sehingga maksimum 11 pagi.  Selepas itu matahari yang keluar merosakkan burung merbok dan bukannya merawat burung.

Tempoh masa untuk membiasakan burung merbok dengan sangkar bulat mengambil masa lebih kurang 2 tahun sebelum boleh dimasukkan dalam jebak.

Sampai di sini buat masa ini..

Sekian, terima kasih.