Rabu, 11 Disember 2013

Bulu Derak Bawah Ekor vs Bulu Dada

Salam..

Kupasan kali ini saya ingin menceritakan mengapakah perlu mencari pikat yang mempunyai bulu dada; bulu plaknya bertemu?

Gambar di bawah menunjukkan bulu dada merbok saya yang baru diasingkan. Lagi banyak bulu plak dada bertemu lebih bagus merbok tersebut.  Rasionalnya.. teruskan membaca.


Rata-rata peminat mengetahui yang bulu plak dada yang baik ialah bertemu tetapi tidak tahu mengapa?.  Melalui pemerhatian saya bulu plak dada yang bertemu kalau boleh dari atas sampai bawah membawa ke ekor di mana tanda bulu derak berada.

Kesimpulan yang saya boleh lakukan ialah burung yang mempunyai bulu plak dada bertemu akan mempunyai bulu plak yang lebat di ekor.  Ini kerana pemerhatian bulu plak pada ekor memerlukan burung dipegang di kaki.  Kalau tersalah tengok maka kita memerlukan alternatif lain untuk menilai burung tersebut.  Lebih tepat sekiranya kita melepaskan burung dalam sangkar kemudian diperhatikan bulu plaknya.. kalau lebat dan rapat maka lebatlah deraknya.

Dengan perkataan lain otai-otai tidak perlu melihat sampai ke bawah punggung (maaf) burung; cukuplah sekadar melihat bulu dada untuk mengetahui burung tersebut mempunyai derak yang lebat ataupun tidak.  Ini kerana kebiasaanya bulu dada plaknya bertemu biasanya hanya seekor dalam seribu (pinjam kata otai Parjoe hehhee).  Jadi janganlah tersalah tengok pula... 

-sam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan