Isnin, 2 Disember 2013

Merbok Sisek 36: Tiada Rezeki

Salam..

Mana datangnya merbok ini?.  Kebetulan pada hari Jumaat lepas hari tidak mengizinkan untuk saya memikat, jadi saya ke kedai burung untuk membeli bekas pasir untuk burung.  Kebetulan kelihatan 4 ekor merbok di dalam sangkar bercampur dengan terkukur jawa.  Saya  melihat seekor ini yang memang mempunyai keistimewaan iaitu bulu derak tebal di bawah penyambut.

Saya tidak berminat untuk membeli tetapi selepas saya balik ke rumah merasa kasihan pula kerana pada jangkaan saya burung tersebut tidak akan dapat bertahan lama.  Tambahan racun dari sahabat Kajang yang memberi galakkan hehehe..RM10 ajer hehee..  selepas memberitahu yang burung tersebut memang akan mati.  Memikirkan keistimewaan bulu dada bertemu bulu plaknya saya pun berpatah balik dan membelinya rm15 dengan harapan dapat menjaga dan menjadikannya pikat.  Nampaknya jodoh tidak panjang.

Seperti jangkaan saya sudah ditakdirkan kalau sudah ajalnya tiada siapa dapat menghalang.  Pagi tadi merbok tersebut mati.  Ianya mengalami kecederaan pada bawah leher mungkin disebabkan oleh jaring.  Dari pemerhatian saya ianya dijual pada kedai kerana sisek 36 dan mulut berbau. 

Niat saya tidak kesampaian untuk mengubat burung tersebut.  Merbok pertama mati di tangan saya.  Adusss patutlah  masa menangkap langsung tak melarikan diri.. rupanya kecederaan tergantung lama pada jaring.  Saya merasakan bersalah juga membeli kerana menjadikan merbok mempunyai permintaan jadi ramai merbok yang akan dijaring lagi.

"Ya Allah, ketemukan hambamu dengan merbok seperti itu lagi.." ... amin.

-Sam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan