Salam..
Soalan yang sering ditanyakan dan menjadi lagenda merbok 36 ialah seperti berikut:-
1. Merbok dengan sisek 36 sering dikaitkan dengan mulut berbau seperti bangkai.
2. Mudah menjadi tarikan binatang berbisa seperti ular untuk mendekatinya.
Cukuplah sekiranya saya katakan yang perkara di atas menjadikan ianya semakin menarik untuk dirungkaikan. Kepercayaan di atas samalah dengan kepercayaan Firaun. Burung yang menetas tersebut tidak dapat memilih berapakah bilangan sisek kerana merupakan dermaan DNA dari induk-induknya.
Saya tidak menafikan yang merbok sisek 36 biasanya mulut berbau busuk. Ini terbukti kerana saya mempunyai seekor yang bersisek 36 dan memang mulut berbau busuk. Saya masih menyimpannya kerana bulu deraknya amat istimewa sekali. Bulu di dada bertemu sehinggakan bulu plaknya sangat hitam dan tebal.
Binatang berbisa juga tertarik dengan bau busuk mulutnya kerana dari jauh ular dapat menangkap bau burung tersebut. Jadi dakwaan mulut merbok sisek 36 berkeupayaan untuk memanggil ular juga adalah benar.
Jadi untuk mengelakkan dari menjadi tarikan binatang berbisa, saya sedang mencuba untuk memberikan bawang putih pada merbok tersebut.. Kaedah pemberian terpaksa saya rahsiakan sehingga saya berjaya merawat burung tersebut. Pada saya bau busuk datang dari respirasi atau jangkitan pada salur pernafasan burung tersebut. Bawang putih merupakan antibiotik semula jadi.
Sekian, buat kali ini.
-sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan