Salam..
Sudah lama tidak memikat menggunakan pikat.. banyak melatih merbok baru tangkapan sendiri (KRTU) dan merbok kedah (MK). Semalam petang, otai laman sudah terjun kat anggar jebak KRTU tapi sayang banyak gangguan (orang jogging) kat jebak. Jadi KRTU sempat derak tandang 3x ajer sebelum merbok hutan (MH) terbang melarikan diri. Kemudian end of story pasal hujan.
Pagi ini, saya sampai laman membawa pikat sisek 41 dan KRTU, sampai laman merbok; sunyi sahaja yang kedengaran ialah terkukur dok tekan sana sini hehehee... tak aper biarkanlah.. gantung merbok 41 & KRTU.. privilege pada pikat 41 .. meratus meratus.. seberang sungai menjawab. Kali nie target otai sebesar anak terkukur.. terakhir sampai asyik melarau ajer tapi suara macam burung siam hehee...Cuma hari nie tak ader pulak, yang ader otai sisek kurang 40 dan sisek 42 (mana saya tahu kerana kawasan nie memang kalau tak 40 mesti 42). Laju jangan cakap tapi meratus 3x rapat.. boleh lah ada special..
Dalam pikat meratus ambik ko, 3 ekor sekali himpit pikat. Satu meratus kat pucuk pokok, satu kat tanah dan satu dari seberang sungai terjun kat tengah pagar. Yang suara sisek 40 ke bawah kasar dan derak dia memang dah tahu kasar terus meow kat betina.. betina melompat pagar dan Jantan yang dari seberang sungai terjun kat tanah.. Ingat nak berlaga hehee...
Saya pun tak fokus sangat yang mana satu kat tanah kerana biasanya kalau dah kat tanah bergaduh alamat berkejaran pulak.. lambat lagilah tuh... TAPI hari nie lain pulak, yang kat tanah terus naik sekor.. kat anggar jebak.. derak sekali kemudian geleng derak lagi dan geleng lalu terus melambung pendek tuppppp the end.. hehehee jebak bergegarlah... tanda MH dah kene.. Kamera memang tak bawa termasuklah walet sekali hehee.. jadi masa pegang merbok terlepas satu kaki terpegang satu kaki ajer tuh yang rasanya sebabkan merbok baru dapat nie injured.. kat kaki tempang pulak adusssss...
Tengok burung adus nyesal tak pegang betul tadi.. bukan aper sangkut jebak tinggi sangat masa nak ambil burung, jadi handle burung susah sikit & lagi satu burung nie boleh tahan gelupurnya pasal lambat ambik kerana patah balik ambil kain tutup pikat.. apalah macam tak pernah dapat burung.. harap2 tak matilah merbok nie.. reward tuh.. mulut ada bau sikitlah.. sisek R22 & L20.
Itulah tangkapan ke 14 tahun nie..
Sekian, terima kasih...
-Sam
Tahniah..bos
BalasPadamTerima kasih, bila nak memikat bersama lagi.
BalasPadam