Jumaat, 3 Januari 2014

Tangkapan ke 15: Tiada Photo

Salam..

1/1/14 :  Selamat Tahun Baru buat pengunjung blog@rakan2 semua.

Bangun pagi; keluar rumah sambil mengambil angin pagi.  Kedengaran merbok kampung meratus sana sini menandakan musim merbok 2014 sudah bermula.  Ada sekor kat belakang rumah suara kasar berderak tandang berlapis2, suara meratus jalan macam burung siam hehee.  Belum masa untuk menangkap dia biarkanlah membiak dahulu.

Selepas puas memerhati dan mengenalpasti burung mana yang bagus untuk dijadikan pikat, terus saya mengambil pikat untuk bermain di kawasan lain.  Saya tidak menangkap yang reward keliling rumah kerana hati belum tergerak nak menangkap hehee.

Sampai laman MK menangkap sebelum ini, merbok sunyi sepi.  Saya membawa MK (merbok kedah) & Sisek 41.  Burung KRTU (tangkapan sendiri) direhatkan kerana memberi peluang pada MK walaupun pada 3 bulan lepas burung nie dah rajin menderak-derak burung hutan ketika dalam jebak. 

Dipendekkan cerita semasa Sisek 41 meratus-meratus dekat sejam hasilnya 6 ekor otai rapat kat jebak (cara masuk menentukan samada dari satu keluarga atau bukan..yang datang nie sekor-sekor selepas mendengar pikat meratus ataupun ada MH suara special yang menyebabkan semua datang????)  cuma anggar jauh; masuk sekor kat rimbun pokok, terus pikat 41 meowww meowwww... adus naperlah garang sangat..Burung hutan suara kasar.. target yang kocak gondang, tapi tak kesampaian kerana dari pemerhatian saya kocak nie king nombor 2.

Selepas kene meoww MH (merbok hutan) terus mematikan diri kemungkinan besar memberi laluan pada raja burung (helang atau sikap) terbang..  dekat 15 minit barulah burung berbunyi semula.  Selang dua minit semua hilang; mungkin juga waktu makan; tapi kocak gondang entah datang mana terus berdepan pulak dengan MK di rusuk kanan.  Aduss bunyi ker MK nie saya pun tak pasti kerana dah 6 ekor meratus jadi tak kenal sangat suara hehee maklumlah burung baru & tuan pun orang baru hehee..

Dalam menanti MH terjun kat MK saya teringat alamak.. semasa setup saya buang olan kat pelantar jebak.. adusss naper lah pergi buang.. alamatnya merbok yang memang dah celir sekadar melayan meratus ajerlah tidak akan pijak pelentik kenapa yer???.. repeat sabtu nie..

Datang sekor dari pucuk kelapa; terus derak kat pikat 41 sebanyak 2x, kemudian terus melambung pendek kat jebak.. terbaik..kerana jebak bingkas.. pelentik yang amat disukai oleh MH hehee..  Ambil MH kemudian belek, kira sisek macam 38 tapi kat pangkal ada sisek pecah 2 (jadikan satu).  Sisek 39 macam KRTU juga..  mmmmmm nampaknya bakal menjadi pikat juga nie.. tempat nie saya tangkap teleng itik & bila mengejar MH lain menyudu macam angsa rupanya hehee.. cuma belum asingkan lagi hehehe..

-sam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan