Sabtu, 4 Januari 2014

Tangkapan ke 16: Pikat KRTU

Salam..
Selamat bertemu kembali. 
Hari Sabtu  bersamaan 4 Jan 2014,  Tahun Baru yang belum menjanjikan apa kepada saya kerana banyak perkara yang belum diselesaikan lagi.  Banyak urusan yang pending disebabkan adanya sifat malas pada saya hehee ..…
Hari Sabtu merupakan hari untuk enjoy.. selepas bangun jam 6 a.m saya menguruskan hal rumahtangga sebelum memikat.  Satu kemestian untuk menambat hati isteri hehehee.. jadi barulah dapat lesen besar hehee..
Jam 7.30a.m barulah saya bertolak ke laman dan sampai sahaja terus saya menggantung pikat 41.  Kedengaran MH (merbok hutan)  angguk pada betinanya di atas jalanraya depan mata saya.  Selesai menggantung pikat 41; saya menggantung pula pikat KRTU.  Ini merupakan tempat latihan bagi KRTU jadi KRTU mempunyai banyak kelebihan di laman ini.
Hari nie saya membawa terkukur JS (Jerun Separuh) yang akan berpindah layang ke Johor Bharu (JB) pada minggu hadapan.  Tuan baru tak sabar-sabar hendak melihat JS…  ada rezeki Insyallah burung akan sampai..  Cuma saya terkilan juga kerana dah berniat; kalau Brother JB nie tak jadi ambil, memang akan saya simpan.  Tup tup terus jadi.. rezeki juga tuh.
Opsss terbabas bab terkukur pulak..  lepas menggantung kedua-dua burung,  pikat 41 meratus terlebih dahulu.  Kemudian barulah saya perasaan, saya tidak dapat memberi fokus pada terkukur  atau merbok pada satu-satu masa.  Kelam  kabut dibuatnya.. kerana mata ada sepasang nak dilihat 3 benda heehhee..  Datang merbok ke arah pikat 41, tapi MH seakan-akan tertarik ke arah KRTU.   Datang merbah kayu memijak kayu pelentik KRTU tapi jebak tak tutup.. baguslah hehehe…
Pendek cerita ada 4 ekor otai dan masuk lagi 2.  Aduss pening dengan terkukur menekan lagi..tup tupp merbok yang  terakhir landing terus ke arah KRTU.  Satu step ke satu step membuat terbang pendek dan terus ke pelentik.. aikkkkkk  tak tertutup.. patutlah  merbah kayu tadi lepak ajer.. dekat 2 minit juga berderak melayan pikat KRTU yang memang ada tandang…  alamak sms otai Parjoe heheheeheee jawab beliau belum ada rezeki. 
Merbok yang asyik angguk betina tadi turun kat terkukur.. naper JS diam.. hehehe berlainan spesis rupanya.  JS dah beralih dan mula menekan & rupanya BH (Burung Hutan) sudah berdepan.  Doa saya satu sahaja.. terjunlah.. tapi sayang merbok yang asyik berpusing kat pikat terlebih dahulu kena racik.. kacau juga.. mungkin rezeki saya selepas jebak KRTU tidak tertutup.  Tengok penyambut ekor patutlah rajin angguk… memang kaler kuning..

Rezeki juga nie "jantan"
Saya alihkan jebak pikat 41 kerana MH hutan datang tapi tak nak terjun???...  dan betulkan jebak KRTU.  Semasa betulkan saya test.. helang pijak pun tak akan tutup.. saya betulkan dan gantung semula pada tempat yang sama.  KRTU nie suara meratus & melarau tersangat berbeza.. masa melarau ada suara menengking kat tengah.. meratus macam ada kocak gondang hehee (tak confirm lagi).. tapi tandang memang berlapis hehee..

Pikat 41:  Pikat pertama
KRTU meratus.. hehehe patutlah selama nie saya confuse kerana suara meratus & larau jauh berbeza..  tup masuk sepasang merbok.  Yang jantan terbang pendek ke pagar mengarah ke KRTU.  Melompat lagi terus ke anggar jebak KRTU sambil memebelakanginya.   Saya pun teringat terkukur.. lalu fokus kepada JS untuk melihat samada ada bahaya ataupun tidak.  Saya menoleh semula ke jebak.. Jebak KRTU dah tutup.. tapi yang jantan ada lagi hehee.. mesti yang betina terjun.    Tak nampak yang mana mengena kerana fokus pada terkukur.  Tidak mengapa kerana yang penting KRTU sudah  rajin meratus dan mula membunuh. 
 
Burung Baru KRTU (koleksi sendiri)

Tangkapan pertama KRTU
Enjoy yer!!

-sam

2 ulasan: