Jumaat, 24 Januari 2014

Tangkapan ke 17: MK mengganas menangkap Kocak Gondang (Tiada Gambar)

Salam..

Lama tidak update kerana saya merehatkan pikat 41 kerana ekor mula tumbuh dan yang paling saya risaukan takut patah dan berdarah.  Jadi Merbok yang saya namakan Merbok Kedah (MK), GOLF & KRTU mula menjadi pertaruhan.

KRTU masih goyah di laman asyik nak berpusing ajer kat jebak.  Bagaimanapun keistimewaan burung ini kalau berbunyi, burung hutan akan sampai di anggar seperti dikejar harimau & saya sudah nampak apa rahsianya hehee...  RAHSIA.

GOLF yang sudah menegur burung hutan masih terlalu awal untuk dibuat penilaian.  Sekadar menyatakan akan menjadi pikat backup saya..

Pada hari Rabu lepas seperti biasa selepas ASAR saya merasakan agak senang untuk memikat merbok.  Saya memasukkan KRTU & MK ke dalam jebak.   Saya sangkutkan KRTU dan selepas sampai di kereta saya menyediakan pula MK di anggar si Milah..  Semasa menyiapkan MK terdengar KRTU melarau.. nampak burung lah tuh..  Saya abaikan sahaja KRTU kerana kawasan tersebut belum ada OTAI.  Kalau yang sampai pun akan memanjangkan leher kerana burung muda, OTAI sudah ditangkap sebelum itu.

Di pendekkan cerita.. memang musim merbok sudah bermula sana sini burung hutan asyik angguk betina... meow meowww.  Syioknya.. mendengar semuanya berbunyi.. target kocak gondang (KG) yang sibuk berlawan suara dan bergaduh dengan saingnya.

Pendek citer lawan berbunyi kocak gondang terus berbunyi kemudian berderak kasar..  ADUSSSS sedapnya.  Keistimewaan pada suara merbok tersebut menyebabkan saya yang agak mengantuk tidak dapat tidur.  Lawan yang berada di tanah menjauhi kawasan kocak gondang akan berpatah balik bila kocak gondang berbunyi.  Hampir 3x patah balik ke kawasan KG,  akhirnya KG menampakkan diri dan menghalau pengacau dari kawasannya.

Cuma KG yang sudah bergaduh dengan lawan masih terasa panas dan semakin mendekati MK.  MK dengan suara takut turut melaungkan kata-kata pujukan sehinggakan KG tersungkur dalam jebak.

Ambil KG terus terang saya katakan tak payah kira sisik pun dah tahu hehhee 40.  Maaf tiada gambar kerana hati sangat gumbira burung idaman sudah ditangkap tunggu masa menjadi pikat.

Sekian, terima kasih.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan