Isnin, 14 Oktober 2013

tangkapan ke-8 - Sisek 42

Salam..

Hari ini Isnin 14 oktober 2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.. saya bercuti dan bercadang untuk meracun kebun.   Tengok cuaca sayang pula hendak meracun kerana kebun belum semak hehee, dan weekend lepas memang tidak boleh bermain merbok..

Pendek cerita sampai ke TTDI Jaya, saya memasang pikat.   Serentak dengan itu kedengaran derak, 1, 2, 3, 4, 5 wowww.. siapa punya angkara nie..kelibat otai masih tidak nampak..  Selang seminit otai mula berbunyi dan kedapatan 3 suara berbeza.  Suara otai adalah suara idaman saya tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.  Suara ke dua adalah suara kasar dan dijangkakan burung bersisek lebih dari pikat iaitu sisek 41. Suara ke 3 suara anak hehee...

Kemudian suasana semakin gamat kerana merbok dari seberang sungai Damansara turut menyambut kedatangan pikat..  sekarang merbok hutan sibuk berperang suara sesama sendiri termasuklah melayan pikat.  Tidak sampai dua minit pun kelihatan kelibat otai no 2 datang terus ke arah jebak.  Dia memijak anggar, kemudian adjust kedudukan lalu terus terjun ke arah jebak..  the end.  Saya ambil burung dan sangkut jebak pada tempat yang sama.  Kemudian terbang melambung otai no 1 menyeberang sungai..  aksi hebat berlawan di seberang sungai..  saya tunggu hampir 5 minit otai berpatah balik ke anggar asalnya.  Berlawan suara dengan pikat.. tetapi terlalu banyak gangguan.  Lori simen, pasir sudah mula beroperasi jadi saya terus mengambil pikat kerana tidak tahan habuk menyebabkan kereta berdebu dan hari mula panas walaupun jam pukul 8.00a.m.  Ingat nak juga tengok pikat menangkap tetapi keadaan tidak mengizinkan..

Belek otai suara laju.. hahahaa tekaan tepat dari suara memang dah tahu sisek 42.  Derak boleh tahan juga dan dari muka dah kuning menunjukkan burung sudah matang (tua) sesuai dijadikan pikat.  Tadi tengok kat ladung dia dah merampas tempat tenggek dari burung  muda hehee.  Cuma terkilan hp yang ada kamera anak guna untuk menangkap gambar Slugtera biarlah hehehee.

Sekian, sahaja kali ini.

Sam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan