Salam..
tangkapan ke 9 kali nie di kawasan yang sama cuma berlainan tempat dengan burung ke 8 & ke-7. Pagi Ahad lebih kurang jam 10 a.m saya ke laman. Sekadar hendak mendengar burung otai yang lain. Seperti dijangkakan otai ini menderak kasar dan lebat. Cuma pada hari tersebut banyak sangat musuh termasukkan helang dan sikap.
Jadi pada 21/10/13 saya mengambil keputusan untuk repeat di kawasan yang sama betul-betul di bawah pokok otai tersebut meratus. Hasilnya sekor burung merbok otai yang kakinya bewarna merah. Semasa di laman selepas menggantung pikat, terus sahaja pikat meratus kemudian disambut oleh otai. Sesi menderak hampir belangsung 2 minit cuma tidak dapat fokus kerana online dengan pembeli terkukur.
Kemudian dari pokok saya nampak otai melambung keluar terus terjun ke arah pelentik. Satu pemandangan yang tidak dapat digambarkan di mana2 pun. Pegang kaki burung tersebut dan saya lihat bulu derak.. patutlah berderak sahaja... Memang hebat.
Insyallah selepas nie semua report bergambar.. hp ada kamera dah jumpa semula..
Sekian, terima kasih.
Sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan