Selasa, 29 Oktober 2013

Sisek Vs Suara

Salam..

Apakah perkaitan antara suara vs sisek.  Saya akan cuba untuk mengupas hubung kait suara dan sisek merbok.  Sesungguhnya burung merbok ini merupakan haiwan yang unik dan amatlah sukar difahami.  Semakin saya mendalami ilmu suara merbok ini semakin banyak yang tidak saya fahami dan betapa saya sangat mengkagumi keindahan ciptaan Allah s.w.t ini.

Sebelum saya pergi lebih lanjut saya ingin membuat kupasan mengenai isu berikut:-

Untuk memahami hubungkait di antara suara dan sisek marilah saya permudahkan....

TEORI atau HIPOTESIS saya ialah "Merbok yang mempunyai sisek di atas 40 (41,42, 43) mempunyai suara yang laju dan kebanyakan volume besar dan keras".

Jadi apabila sepanjang saya bermain merbok itulah penemuan saya.  Sekiranya rakan2 merupakan orang yang mengambil kira sisek merbok dan berminat pada sisek bawah 40, janganlah menangkap burung yang bersuara laju.

Mengenai sisek 44 saya belum menemukan burung yang mempunyai sisek 44, tetapi saya dapat bayangkan apabila burung ini meratus tidak akan ada tek tek suara tengah burung tersebut.  Jadi ia akan kedengaran seperti Merbok yang mempunyai suara depan dan belakang sahaja atau jalan dua.  Kekadang burung seperti menderak sahaja bunyinya jika tidak diamati dengan betul2.

Sekian sahaja dari saya buat masa ini..

Sam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan