Rabu, 17 Julai 2013

Istilah & Bilangan Sisek

salam..

Istilah yang biasa didengari ialah merbok derak tandang.  Biasanya burung yang  mempunyai derak tandang dikatakan mampu membawa Merbok Hutan ke jebak dengan cepat.  Sekiranya pikat mempunyai derak tandang yang berlapis bermakna pikat tersebut boleh dikategorikan sebagai pikat gred A.

Derak ini biasanya dilakukan oleh pikat semasa belum meratus dan kebiasaanya pikat yang bagus akan mengeluarkan tandang apabila MH sudah sampai ke anggar merbok yang digantung.  Ada juga pikat yang mengeluarkan tandang apabila MH sudah di jaring oleh jebak.

Sesungguhnya permainan dan seni merbok ini terlalu halus dan amatlah sukar difahami tanpa adanya otai atau cikgu yang mengajar. 

Kajian yang saya lakukan ialah hubungan sisek dan suara amat menarik minat saya dalam mendalami ilmu merbok ini.  Saya belum cukup data untuk membuat kesimpulan.. Jadi secara ilmiah bilangan sisek dapat menentukan mutu suara seterusnya membolehkan saya menangkap yang mana sahaja yang saya kehendaki HANYA dengan mendengar suara. 

Jadi sekiranya difikirkan mengapa otai memilih pikat dari sisek 33,34,35,37,39,40 sebenarnya boleh diterangkan dengan mutu atau kualiti suara merbok tersebut.

Kemudian mengapakah sisek 41,42 dan 43 dikatakan garang dan memilih regu.  Pikat saya ber Sisek 41 dan masih mampu menangkap@menjaring burung bersisek dari julat 37 sehingga 42.  Ini menandakan pikat sedang naik dan sekiranya berjaya menangkap BH bersisek bawah 35 bermakna pikat sudah mencapai satu tahap baru@otai.

Jadi dengan ilmu tersebut maka tiadalah lagi unsur-unsur mistik dalam permainan ini. Insyallah saya mempunyai sekor bersisek 38 dan dikatakan mengolah jika dilaman..  akan saya cuba untuk jadikan pikat.  Mengikut sahabat & otai2 untuk membolehkan Merbok baru yang ditangkap untuk meratus mengambil  masa dari setahun hingga 3 tahun.  Lamanya... patutlah pikat harganya mahal.

-Sam

4 ulasan:

  1. as salam salam kenal dari utara sy pun msh baru dlm bidang merbuk dan terkukur bolehlah kita berkongsi2 pedapat

    BalasPadam
  2. salam.

    Alhamdulillah jika sudi berkongsi.. terkukur di http://pusat-jualan-terkukur.blogspot.com/

    Saya merbok & terkukur pun baru lagi.. baru sangat belajar.. jadi sama2lah kita berkongsi ilmu. Insyallah.

    BalasPadam
  3. Salam.. saya area Subang, Shah Alam. Saudara??

    BalasPadam