Salam..
"Pilihlah merbok yang mempunyai sisek 41, 42 dan 43"....
Apa yang saya cadangkan pilihlah merbok dari sisek atas iaitu 41, 42 dan 43. Merbok dari sisek ini dikatakan garang dan sudah pastilah mudah berlawan suara dengan MH yang berbunyi TETAPI pastikanlah MB nie sudah meratus dan rajin di rumah. Kalau merbok baru janganlah nak cuba di bawa ke laman takut kecewa nanti.. takut melarau ajer.. tottoo too toot tooo
Peringatan: Tips ini sekadar cadangan dari saya sahaja. Insyallah ikut petua orang tua ajer... TETAPI lepas jadi, SUSAH nak menangkap jangan salahkan saya... peringatan sudah diberikan..
Mengapa yer? .. Burung merbok tangkapan saya ke-3; ialah bersisek 21 kiri dan 21 kanan. Lebih kurang seminggu selepas itu saya menggantung pikat diluar rumah, merbok ditangkap minggu lepas sudah melarau dengan rajinnya di rumah melawan PIKAT. Memang masa menangkap pun burung ini melarau kemudian barulah meratus.
Jadi saya berpendapat sekiranya kita hendak cepat melatih pikat, pilihlah merbok yang dari sisek atas..iaitu 41, 42 dan 43.
Sekian, terima kasih.
-Sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan