Hari ini bercuti kerana ada urusan peribadi. Pendek cerita main merbok tetapi BH tidak datang sekadar melambung ke tempat lain. Ini tanda-tanda merbok kurang galak..
Pergi ke laman lain pun banyak aktiviti manusia.. so balik ke rumah. Teringat nak latih merbok tangkapan ke-2. Merbok ini ditangkap pada 7 June 2013.
Laman: Bukit Jelutong.
Game: Meratus Derak Tandang kemudian terus terjun ke pelentik jebak.
Suara: Sederhana
Jantina: Betina (to be confirmed)
Sisek: 40
Saya merbok nie belek macam betina tetapi tengok kali ke-2 macam jantan. So selepas masukkan jebak saya gantung dan naik ke rumah macam biasa. Tidak sampai 5 minit tengok balik jebak.. macam dah ada burung. Ish takkanlah dah kene; super cepat betul kali nie..
Enjoy hasilnya.. burung nie dah makan kat ladung tadi.. kemudian burung nie; game dia derak sebelum bunyi, tidor kat sebelah bilik tidor saya.. Pagi tadi baru dengar dia derak dan meratus.. heheee
Dalam latihan dah membunuh.
Ekor kontot tapi sudah makan kat ladung macam kebulur ajer hehee, bakal dilatih menjadi pikat secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.
-Sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan