Salam..
Alamak benda tulisan sebelum nie cuma draft sahaja macamana boleh publish hehee confuse saya.
OK.. study punya study terjumpa satu lagi hipotesis lagi....
"Dalam satu kawasan mungkin akan mempunyai lebih dari sekor merbok.. yang terdiri dari pelbagai suara dan kualiti hampir sama jika datang dari satu keturunan atau induk".
Soalan 1: Mengapakah kalau dilihat ada satu kawasan kebanyakan burung mempunyai derak kasar & suara samada kasar atau sederhana?.
Jawapan: Datang dari induk yang sama. Induk yang sama biasanya mempunyai tahap kegarangan yang sangat maksimum. Jadi keturunannya turut mempunyai sifat yang unggul. Jadi tidak hairanlah jika satu kawasan dijumpai merbok yang mempunyai derak yang kasar, hampir semuanya.
Soalan 2: Adakah boleh ditangkap semuanya?
Jawapan: Silakan menangkap tetapi selepas itu kalau yang naik bukan dari derak yang kasar maka baka tersebut akan berkembang maka kawasan tersebut sudah tidak mempunyai burung yang baik untuk dijadikan pikat. Pemikat harus mempunyai kesedaran apabila sudah menangkap yang tua, boleh diteruskan menjaring untuk ke-2. Sekiranya tangkapan ke-2 burung muda maka diketahui kawasan tersebut sudah boleh ditinggalkan untuk memberi ruang yang muda belia naik seterusnya menjadi otai. Kalau diteruskan menangkap di kawasan yang sama, ditakuti burung ke-3 yang ditangkap mempunyai kualiti yang kurang KECUALI kalau ada otai lain yang menjadi sasaran maka boleh diteruskan. JADI tepuk dada tanya selera samada hendak bermain semusim sahaja atau lama.
Soalan 3: Bagaimana satu kawasan mempunyai pelbagai suara?
Jawapan: Allah s.w.t jadikan merbok mepunyai pelbagai suara. Saya kaitkan dengan bilangan sisek sahaja. Sebagai contoh asalnya satu kawasan mempunyai sepasang induk; jantan sisek 37 & betina 40. Dari sini anak yang terhasil pun mungkin mempunyai sisek 37 atau 40 atau lebih atau kurang. Jadi suara akan berbeza antara satu sama lain. Makanan turut membezakan fizikal mereka kerana akan ada yang lebih besar dari yang lain disebabkan kawasan merumput berbeza. Ada juga dari sifat yang suka meratus di laman menjadikan mereka kurang makan berbanding sedara merbok yang rajin makan sahaja.
Soalan 4: Apa kene mengena dengan orang yang memikat?
Jawapan: Sangat penting kerana dengan fahaman yang betul pemikat harus tahu bila untuk bermula menangkap dan berhenti menangkap untuk menjaga keturunan merbok dalam satu kawasan.
Soalan 5: Kalau saya tak menangkap orang lain akan menangkap?
Jawapan: Kalau setiap pemikat tahu bila hendak berhenti menangkap di satu kawasan maka perkembangan baka tertentu akan terjaga. Kalau diteruskan juga ditakuti hanya memenuhi ladung di rumah sahaja.
Soalan 6: Merbok tidak akan habis?
Jawapan: Di Indonesia yang dipenuhi sawah juga diharamkan menangkap merbok alami/ liar disebabkan pupus jadi tidak mustahil begitu juga di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan