Salam..
Saya merasa terpanggil untuk membuat blog bagi burung merbok kerana kurangnya maklumat yang diperolehi apabila mencari maklumat mengenai menjebak merbok. Terdapat dua blog utama yang menjadi rujukan saya iaitu ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html dan http://merbukutara.blogspot.com/.
Di dalam blog ketitirpikat ada menceritakan petua orang lama dalam memilih pikat dan kebanyakan otai memilih merbok yang bersisek 37 kerana dikatakan boleh bermain semua laman. Bagaimanapun owner blogspot ketitirpikat memilih sisek 40 kerana lebih mudah untuk menjadi pikat dan yang terpenting sekali ialah sesuai dengan beliau.
Merbok amatlah berbeza dengan terkukur dari segi saiz dan perangai. Untuk menjadikan merbok sebagai
pikat amatlah sukar dan memerlukan kesabaran. Oleh itu kemahiran memilih merbok sebagai pikat amatlah penting dan menjadi penentu pikat yang dipilih mampu untuk menjadi pikat yang baik.
Ciri-ciri pemikat
Ciri-ciri pemikat yang baik ada diceritakan di ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html. Ada sifu yang mengandaikan & membandingkan bilangan sisek dengan pangkat panglima (sumbangan sifu dari selayang baru) iaitu:-
1. Sisek 21 Sultan/Raja
2. Sisek 33 Bendahara
3. Sisek 37 - 44 - Panglima/Laksmana
4. Sisek 45 ke atas bentara/rakyat
Bagaimanapun kaedah yang terbaik untuk menjadikan pikat ialah mendengar dahulu derak, angguk, geleng kepala/mengeletek dan jalan suara yang baik semasa menangkap merbok di hutan. Kemudian dikirakan sisek merbok tersebut dan lihat kategori mana merbok yang diperolehi. Masalah akan timbul di mana BH terus terjun ke jebak tanpa mengeluarkan suara. Ini sering terjadi disebabkan BH tersebut sangatlah garang. Pada masa inilah pengalaman dan petua dari orang tua-tua dengan melihat bulu plak pada bahagian bawah punggung burung tersebut. Setelah berpuas hati barulah kita asingkan burung tersebut di dalam sangkar bulat.
Menjinakkan merbok
Rata-rata blog dan website mengatakan untuk menjinakkan merbok gantunglah sangkar bulat ditempat orang lalu lalang dan selalu mandikan merbok tersebut. Waktu terbaik memandikan merbok ialah pada waktu pagi selepas keluarnya matahari. Sekiranya hari mendung merbok tidak boleh dimandikan kerana dikhuatiri akan kesejukan kerana saiz merbok yang kecil berbanding terkukur. Kemudian merbok dijemur sehingga maksimum 11 pagi. Selepas itu matahari yang keluar merosakkan burung merbok dan bukannya merawat burung.
Tempoh masa untuk membiasakan burung merbok dengan sangkar bulat mengambil masa lebih kurang 2 tahun sebelum boleh dimasukkan dalam jebak.
Sampai di sini buat masa ini..
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan