Ahad, 16 Februari 2014

Tangkapan ke 22: Tangkapan ke-3 KRTU

Salam..
15 February 2014, jam 8a.m.  Seperti biasa mood untuk memikat masih pada tahap memuaskan menyebabkan saya mengambil terkukur dan merbok KRTU.  Merbok KRTU yang sudah membunuh 2 ekor; menjadi pertaruhan pada hari ini. 
Sampai di laman saya menyediakan KRTU kemudian diikuti oleh burung terkukur.  Semasa memasang racik terkukur saya mendengar otai suara sederhana kasar meratus dijawab oleh KRTU.  Saya tidak pula melihat dimanakah merbok hutan tersebut kerana agak sibuk dengan terkukur.  Selesai  memasang racik saya mengundurkan kereta dan meletakkan ditempat seperti biasa.  Sedang memantau keadaan terkukur; jebak merbok sudah tertutup dan kelihatan merbok hutan melompat-lompat di jaring jebak.

 Tidak perlu tunggu lama. Mungkin terlalu otai.


Bulu tengkok di belakang mata menandakan merbok ini tidak boleh dipandang rendah.
Selamat membaca.
Sekian; terima kasih.


Jumaat, 14 Februari 2014

Jantina Merbok: Jantan atau Betina

Jantina Merbok

salam..

Kalau  terkukur di hutan jantinanya boleh dikenalpasti dengan melihat sepit udang iaitu tulang berdekatan dengan dubur burung iaitu rapat jantan dan jarak satu jari biasanya betina TETAPI tidak bagi merbok.

Saya berjaya menangkap se-ekor merbok di hutan yang mempunyai sepit udang yang besar jaraknya.  TETAPI burung tersebut ialah jantan.  Kedapatan pula se-ekor yang mempunyai sepit udang kecil tapi ianya adalah betina.

Bagaimana cara nak melihatnya??

Menurut sifu Pak Su dari Sg Petani yang saya kenali dan pernah memikat bersama beliau di Selangor, jantina merbok boleh dilihat dari bulu putih di paruh  burung tersebut.  Jika warna bulu putih kerbiruan besar membawa ke kepala maka burung tersebut ialah burung jantan.  Jika warna biru putih sedikit maka burung tersebut betina.

Kemudian kedapatan beberapa blog perkutut dan merbuk cara membezakan jantina juga boleh dilakukan dengan menterbalikkan burung tersebut.  Yang jantan ekor akan mengembang dengan cepat.  Kenapa dan mengapa masih menjadi persoalan bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan merbok.

Sekian, terima kasih.

Sam
Ralat...
 
Article di atas di publish pada bulan Jun 2013.  Kemudian semalam saya mendapati cara terbaik melihat jantina merbok adalah dengan melihat muka & sepit udang.  Dengan melihat ke dua-dua benda tersebut maka Insyallah jantina dapat ditentukan dengan tepat.
 
Sekian, terima kasih.
 
-Sam

Rabu, 12 Februari 2014

PUSAT JUALAN MERBOK/PERKUTUT

Salam..

Atas permintaan rakan-rakan yang datang dari Seluruh Malaysia saya menubuhkan:-

http://pusat-jualan-merbuk.blogspot.com/

Tujuan utama blog tersebut ialah untuk menjual burung merbok.

Sekian, terima kasih.

Saiffulsam Hassan

Isnin, 10 Februari 2014

Balasan Comment saudara kyubi 5 Feb 2014

Comment
As salam abg sam.....
menangkap lagi KRTU ni. tahniah..... nak tanya abg sam bb merbok saya bela dh lebih 2 tahun x pi x membunuh lagi. dh bawak byk kali dah....yg last bawa dpt merbah kapoq. boleh bagi pendapat x abg sam.

Salam..

Terpaksa membalas komen di dalam post kerana nak reply tidak boleh.. kene block hehee..
Merbok nie tak kira masa kita membelanya yang penting mestilah rajin di bawa berlatih, ini kerana walaupun sudah 5 tahun kita bela, burung tersebut masih dikategorikan burung baru jika pertama kali di bawa dalam jebak (Tengok juga jenis burunglah).  Kalau nak tahu burung mana dah cukup matang untuk di bawa; bila pindah sangkar bulat dari satu tempat ke tempat gantung lain masih berbunyi macam biasa.  Itu bermakna sudah mencapai tahap boleh di bawa.

Justifikasi:  Pasal itulah saya tidak kisah melatih burung yang masih liar kerana sekiranya jadi pikat gerenti jinak sendiri heheee..

Sebagai contoh burung GG, sudah berbunyi tapi sekali sekala sahaja.  Burung masuk anggar dah menegur walaupun baru 2 bulan membelanya.  Burung nie memang jenis naik kantau diam.  Bagi peluang lagi 2 bulan rajinlah bunyi hehee..  Burung diam pun burung hutan marah hehee..jenis kurang bergerak kat jebak..

Begitu juga BJ (tangkapan ke-2).  Dah berapa kali turun naik sangkar bulat ke ladung.  Sekarang dah rajin bunyi kat ladung..  dah nampak boleh sangat jadi pikat cuma rehatkan lagi.. belum rajin meratus kat jebak hehehe cuma rajin melarau.. yang nie pun dah bunuh sekor hehee.. 

-sam

Sabtu, 8 Februari 2014

Tangkapan ke-21: Burung GOLF

Salam
Sabtu 8/2/14 jam 8 am.

Sudah lama tidak hujan dan semua kawasan memikat tanahnya menjadi keras.  Jadi kalau nak main juga terkukur terpaksalah membawa sebotol air untuk membolehkan tumang racik & tumang burung masuk ke tanah.  Jadi selesai  memacak terkukur ABJ,  saya gantung begitu sahaja jebak merbok tanpa meletakkan olan, malahan tanpa kantau.
Bukan untuk menangkap kerana pikat 41, direhatkan sehingga ekor penuh.  Itu adalah satu kemestian kerana kasihan padanya asyik patah bulu sahaja.  Merbok yang saya bawa ialah GG.  Nama sebelum ini saya berikan ialah GOLF.  Sudah menegur burung hutan bila masuk tidor.  Kali terakhir saya bawa ialah 2 minggu lepas..  kemudian direhatkan memberi ruang pada pikat 41.   Memandangkan KRTU baru membunuh jadi saya rehatkannya.  MK akan diturunkan petang ini jika berkesempatan.
Pendek cerita, hari ini saya memang tidak fokus pada merbok kerana memang hendak menangkap terkukur.  Walaupun begitu saya nampak ada merbok yang melambung di pokok belakang GG.  Ish bunyi ker merbok GG nie.. kerana jarak saya menyorok agak jauh, jadi adalah mustahil untuk mendengar pikat berbunyi. 
Terkukur perform tetapi pikat takut pada burung bangau membuatkan burung hutan yang dah berada di anggar berlalu pergi.  Selang 25 minit kemudian datang otai tadi yang sibuk mengejar burung lain.  Pikat sudah menyelang dan angguk.  Burung hutan sudah bergerak dari satu dahan ke satu dahan mencari anggar untuk terjun.  Pada masa ini jugalah merbok suara kasar yang berbunyi disebelah tempat saya menyorok terjun ke arah GG.  Kemudian jebak bergegar kuat menyebabkan saya mengambil keputusan mengeluarkan merbok dari jebak menyebabkan terkukur di anggar berlalu pergi.

Enjoy gambar merbok yang ditangkap tanpa samaran daun & tanpa kantau.

 
Mood nak menangkap terkukur pun hilang lalu balik dengan merbok.  Rezeki juga mendapat merbok dengan pikat GG nie..  persoalannya adakah GG berbunyi???
Sekian sahaja buat kali ini.

Rabu, 5 Februari 2014

Tangkapan ke-20: KRTU mengganas.

Salam…
3/2/14 merupakan cuti hari Wilayah & saya mengambil cuti kerana ingin meluangkan masa dengan wife (ambil hati).  So pendekkan cerita, petang jam 6pm saya membawa pikat terkukur ABJ & merbok KRTU.  Pikat KRTU nie rasa-rasanya sudah boleh di bawa bermain dan Insyallah tidak akan menghampakan (senjata sulit saya heheheee).
Sampai di laman saya memilih 2 kepala racik terkukur dengan mata 11 mata.  Cukuplah untuk menutup belakang dan depan pikat.  Saya menurunkan ABJ (anak bukit jalil) dengan harapan dapatlah melatihnya.  Rekod sebelum ini 5 ekor; ingin saya lebarkan lagi menjadi 6 ekor.  Burung masih muda dan diharapkan dapat bertahan lama.  Selepas ABJ dipacak, saya menguruskan pula KRTU. 
ABJ menarik gook menandakan ada burung melintas; diikuti oleh KRTU menegur Merbok Hutan yang turun ke tanah di depan saya.  Pendek cerita masuk sepasang terkukur terus ABJ angguk (tekan angguk) & rasanya ABJ ada baka Selang Coo2.  Lama juga ABJ menekan dan menyelang dan angguk tetapi BH masih belum sampai. 
KRTU sudah meratus 3x apabila ada merbok menyambut larauannya.   Terus menerus meratus menandakan sudah boleh di bawa solo.  Berbaloilah saya membawa KRTU terus menerus  melatihnya dan hasilnya datang sepasang merbok masuk ke anggar KRTU. 
ABJ yang menekan terus mengangguk gagap  menandakan BH sudah terjun.  Tanggapan tepat dan yang peliknya BH seperti sudah kene racik tidak dapat bergerak lagi.  Saya bergerak ke arah ABJ dan terus mengambil BH.  BH yang ditangkap dari jenis cepat jadi hehee..  yang memang menjadi sasaran saya.  Game tidak perlu saya risaukan kerana kawasan ini  biasanya gook 1-2.  Suara angguk BH tidak kedengaran kerana semasa terjun, terkukur tersebut telah tersadung racik penuh (batang) kaki kiri dan jari di kaki kanan.   Tindakan saya ini menyebabkan merbok tadi melarikan diri.
Saya mengambil burung dan simpan di dalam buntil dan terus meleraikan racik taji pemberian sifu Selayang Baru  iaitu 11 mata.  Selesai menyiapkan racik saya terus fokus pada KRTU dengan ABJ hanya ada sebaris racik.  ABJ perform & begitu juga KRTU.  Semasa tinggal masa kecemasan datang otai yang menjadi buruan sejak 2 minggu lepas.  Memang payah nak terjun kat pelentik.  Masuk sekor lagi merbok terus dihambat oleh otai, dua-dua menguak (angguk).  Kemudian datang semula otai berdepan dengan KRTU dengan jarak setengah depa dengan pelentik.   Otai (MH-Merbok Hutan) berpusing-pusing menyebabkan saya tidak sedap hati hehee… saya cuba fokuskan pada merbok dan memang sedang berperang derak rupanya.  Derak apa jangan tanya kerana memang syiok;  MH meratus, KRTU akan menderak & begitu sebaliknya.  Pikat turut berpusing dalam jebak sambil diikuti oleh otai..hampir 10 minit juga berdepan, puas hati kerana otai telah menunjukkan apa yang dia ada..  termasuklah KRTU seperti tidak percaya… adalah juga adanya.
Akhirnya selepas hampir 5 mesej kepada tuan yang tinggal di Kajang, terjun juga akhirnya MH.  Terus tandakan dengan dawai merah menunjukkan saya sangat berkenan pada burung tersebut.  Enjoy gambar merbok.

Puas melihat & mendengar burung ini berdepan dengan KRTU.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 3 Februari 2014

Tangkapan ke 19: Pikat 41 menangkap lagi.

Salam
Ahad 2/2/14 Jam 8am saya terus ke laman.  Niat untuk menangkap terkukur.  Merbok sekadar sampingan sahaja, jadi memang tidak fokus pada merbok.
Sampai dilaman terus memasang merbok diikuti terkukur.  Sakit di pinggang menyebabkan pemasangan racik terkukur 2 kepala 11 mata bertukar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. 
Selesai  memasang racik pikat terkukur & merbok  terus membuat kerjanya.  Merbok hutan turut menyanyikan lagu indah.  Cuma buat masa ini kelihatan merbok sudah membahagikan kawasan mereka.  Jadi hanya  kedengaran sekor otai sahaja berada di laman.  Yang lain mungkin tewas pada otai.  Gangguan boleh dikatakan tiada kerana lori pasir bercuti. 
Enjoy gambar tangkapan.  Burung kelihatan kecil tetapi cukup matang & ekor pendek dan sedang naik bulu.  Cuma pada saya burung tidak langsung ketakutan ketika dipegang sudah cukup menjadikan pengalaman yang cukup menarik menangkap otai baru yang memegang kawasan tersebut. 

Merbok ini bersaiz kecil tetapi cukup matang
Pindah laman giliran pikat terkukur pula berdepan burung hutan.
Sekian, terima kasih