salam..
Kalau terkukur di hutan jantinanya boleh dikenalpasti dengan melihat sepit udang iaitu tulang berdekatan dengan dubur burung iaitu rapat jantan dan jarak satu jari biasanya betina TETAPI tidak bagi merbok.
Saya berjaya menangkap se-ekor merbok di hutan yang mempunyai sepit udang yang besar jaraknya. TETAPI burung tersebut ialah jantan. Kedapatan pula se-ekor yang mempunyai sepit udang kecil tapi ianya adalah betina.
Bagaimana cara nak melihatnya??
Menurut sifu Pak Su dari Sg Petani yang saya kenali dan pernah memikat bersama beliau di Selangor, jantina merbok boleh dilihat dari bulu putih di paruh burung tersebut. Jika warna bulu putih kerbiruan besar membawa ke kepala maka burung tersebut ialah burung jantan. Jika warna biru putih sedikit maka burung tersebut betina.
Kemudian kedapatan beberapa blog perkutut dan merbuk cara membezakan jantina juga boleh dilakukan dengan menterbalikkan burung tersebut. Yang jantan ekor akan mengembang dengan cepat. Kenapa dan mengapa masih menjadi persoalan bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan merbok.
Sekian, terima kasih.
Sam
Bro,, blh kasi gambar bahagian paruh tu,, sbb sy masih tak tahu,, sy ada 4 ekor merbuk. Sy nak tau yg mana jantan yg mana betina, sbb nampak mcm sama je,,, boleh lh,,, mintak tolong sangat,,,
BalasPadamsalam.. saya tidak mempunyai kamera yang boleh zoom kerana rosak. Yang ada sekarang pun hp colby samsung jadi sukar nak menunjukkan jantian burung. Kalau saudara ada camera yang bagus snap picture burung & emel ke saiffulsam@hotmail.com. tq
BalasPadamsalam abg sam.. nk Tanya maklumla baru jinak2 bela merbuk..nk tau sama ada jantan atau betina,mana2 pon boleh di buat pikat ke??
BalasPadam