Isnin, 10 Februari 2014

Balasan Comment saudara kyubi 5 Feb 2014

Comment
As salam abg sam.....
menangkap lagi KRTU ni. tahniah..... nak tanya abg sam bb merbok saya bela dh lebih 2 tahun x pi x membunuh lagi. dh bawak byk kali dah....yg last bawa dpt merbah kapoq. boleh bagi pendapat x abg sam.

Salam..

Terpaksa membalas komen di dalam post kerana nak reply tidak boleh.. kene block hehee..
Merbok nie tak kira masa kita membelanya yang penting mestilah rajin di bawa berlatih, ini kerana walaupun sudah 5 tahun kita bela, burung tersebut masih dikategorikan burung baru jika pertama kali di bawa dalam jebak (Tengok juga jenis burunglah).  Kalau nak tahu burung mana dah cukup matang untuk di bawa; bila pindah sangkar bulat dari satu tempat ke tempat gantung lain masih berbunyi macam biasa.  Itu bermakna sudah mencapai tahap boleh di bawa.

Justifikasi:  Pasal itulah saya tidak kisah melatih burung yang masih liar kerana sekiranya jadi pikat gerenti jinak sendiri heheee..

Sebagai contoh burung GG, sudah berbunyi tapi sekali sekala sahaja.  Burung masuk anggar dah menegur walaupun baru 2 bulan membelanya.  Burung nie memang jenis naik kantau diam.  Bagi peluang lagi 2 bulan rajinlah bunyi hehee..  Burung diam pun burung hutan marah hehee..jenis kurang bergerak kat jebak..

Begitu juga BJ (tangkapan ke-2).  Dah berapa kali turun naik sangkar bulat ke ladung.  Sekarang dah rajin bunyi kat ladung..  dah nampak boleh sangat jadi pikat cuma rehatkan lagi.. belum rajin meratus kat jebak hehehe cuma rajin melarau.. yang nie pun dah bunuh sekor hehee.. 

-sam

3 ulasan:

  1. terima kasih abg sam. saya akan asak bb saya sampai dia membunuh bh yang pertama. insyaallah.....

    BalasPadam
  2. Salam.. Asak bang; jangan tak asak. Insyallah bagi dalam 2 bulan meletoplah tuh.... location kat mana?. tq

    BalasPadam