Salam
Ahad 2/2/14 Jam 8am saya terus ke laman. Niat untuk menangkap terkukur. Merbok sekadar sampingan sahaja, jadi memang tidak fokus pada merbok.
Sampai dilaman terus memasang merbok diikuti terkukur. Sakit di pinggang menyebabkan pemasangan racik terkukur 2 kepala 11 mata bertukar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan.
Selesai memasang racik pikat terkukur & merbok terus membuat kerjanya. Merbok hutan turut menyanyikan lagu indah. Cuma buat masa ini kelihatan merbok sudah membahagikan kawasan mereka. Jadi hanya kedengaran sekor otai sahaja berada di laman. Yang lain mungkin tewas pada otai. Gangguan boleh dikatakan tiada kerana lori pasir bercuti.
Enjoy gambar tangkapan. Burung kelihatan kecil tetapi cukup matang & ekor pendek dan sedang naik bulu. Cuma pada saya burung tidak langsung ketakutan ketika dipegang sudah cukup menjadikan pengalaman yang cukup menarik menangkap otai baru yang memegang kawasan tersebut.
Merbok ini bersaiz kecil tetapi cukup matang
Pindah laman giliran pikat terkukur pula berdepan burung hutan.
Sekian, terima kasih
Tahniah En Sam..batang cat kala hitam dah jumpa ke
BalasPadam