As-salam..
Marilah kita renungkan. Ramai kaki yang membeli burung merbok rata2 adalah yang baru bermain merbok atau tidak mempunyai pikat.
Marilah kita mengira ROI. Burung Merbok rata2 harus disimpan 2 tahun (730 hari). Jika dijual RM365/ekor maka penjual mendapat hanya RM0.50 sen sehari.
Makanan satu guni 20kg rm60. Katalah satu hari rm0.10/ekor.
Masa penjagaan burung katalah rm0.20/ekor.
Jadi kos operasi/day rm0.30. Untuk 2 tahun kos operasi rm219.
Setelah ditolak harga jualan dengan kos operasi untung katalah 0.20/day. Untung per ekor rm149.
Itu hanya kos operasi tidak termasuk utiliti air & api. Bagaimana kos masa menangkap burung hutan. Berapa kali pergi dan masa diambil untuk menangkap.
Jadi pada pembeli2 di luar sana, fikir-fikirkanlah juga tentang penjual. Penjual dan pembeli juga mahukan win2 situation. Oleh itu, jika harga merbok mahal dikemudian hari; pada saya ini kerana kos hidup meningkat maka kos operasi pun meningkat.
Pada pendapat saya pembeli cubalah menyimpan RM0.50 sen setiap hari tanpa gagal; begitulah juga yang dilakukan oleh penjual setiap hari melihat burungnya.
Sekian, tetima kasih.
sam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan