Isnin, 18 April 2016

Kesenian Permainan Merbok: Pelengkap Cerita

As-salam..

Keindahan seni dalam memikat merbok terlalu halus. Pelbagai sasaran ditetapkan seperti hendak menjadikan tangkapan sendiri menjadi pikat.

Ada yang mencari burung tandang untuk dijadikan pikat. Ada yang tercapai dan ada yang masih ditakuk sama. Kemajuan dalam seni ini; dulu jadi pengutip burung sekarang pemikat tegar dan sudah boleh dikategorikan sebagai otai.

Tidak kira di manakah tuan-tuan berada, kita harus menilai kemajuan diri. Jika masih sama dengan masa kita bermula dulu bermakna kita tidak maju. Kemajuan ini sekadar untuk kepuasan diri sendiri.

Kepada yang tidak maju.. marilah majukan diri.  Seni ini melibatkan kejujuran hati nurani. Kita jujur dalam segala segi In Sha Allah; baik jadinya.

Oleh itu, seni yang halus mestilah datang dengan jiwa yang halus.  Diterjemahkan pada penjagaan burung yang baik, pembahagian masa dan perlindungan  keluarga juga teramat penting.

Kita tidak tahu laman yang kita pergi bagaimana?. Pelbagai amalan yang selari dengan ajaran agama diharuskan. Yang mudah bacalah Bismillah dan Ayatul Kursi.

Semoga dapat memberi peringatan pada saya juga.

Sekian, terima kasih.

 Sam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan