As-salam..
Ahad 17/4/16, jam 11.45a.m baru masuk ke laman. BH duduk di nun atas pokok. Saya sangkut pikat 41 dan BB37. BB37 bermula lambat tetapi game laman yang mengancam. Sebelum meratus di hantar derak derak. Meratus- meratus diikuti derak.. derak derak meratus. Masih melarau dibalas dengan meratus. Tanda burung tengah baru nak naik menjadi pikat. Suara belum maksimum bukak tetapi dah cukup jauh. Kelebihan suara C dan memang saya peminat fanatik suara C tarik.
Cukup asyik sehinggakan waktu Zohor burung hutan sudah dekat dengan BB37. Waktu untuk semua makhluk sujud pada yang Maha Agung. Saya mengambil jebak dan bersyukur pada Allah swt. Jangan dilalaikan dengan permainan yang sangat asyik ini.
BB37 sudah boleh dibawa sekor sahaja. Tidak perlu bawa pikat sebagai teman. In sha Allah tidak akan memalukan tuan.
Sekian, terima kasih.
SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan