Salam..
1 March 2014. Jam 7.40a.m teringat pula pada KRTU yang sudah lama tidak beraksi. Petang Jumaat beraksi singkat di laman latihan menunjukkan kemampuan meratus beberapa kali diikuti dengan melarau. Sudah rajin di laman.
Sampai di laman cuaca memang cantik tetapi debu jangan cakaplah... masa nak bermain amat singkat. Semasa mengantung KRTU; otai laman 3x kasar KRTU sudah memberi salam. Kemudian saya pacak terkukur pikat EK untuk menangkap otai laman.
KRTU, memberi salam meratus & salam berjawab dengan luncuran laju otai laman. Entahlah tidak berapa menarik sangat suara tetapi cukup untuk membuat saya tersenyum kerana suara otai kasar tetapi power tengking kwang kwang agak kurang kerana ditutupi suara kasarnya.
Pengacau Dunia: Target suara kasar ini yang datang mengacau. Bagaimanapun dah rezeki hari ini. Sudah berapa kali kalau terkukur berdepan sahaja mesti merbok terjun pelentik.. aduss...
Pikat EK terkukur bekerja dengan baik tetapi rasanya pikat hilang suara.. sudah lama tidak mendengar suaranya.. esok nak check tekaknya tetapi rasanya NORMAL kot. Mungkin angin yang menyebabkan suara EK tidak kedengaran. Terjun otai kukur, berlawan angguk.. tetapi tidak lama mahu masuk laman terus melompat ke anggar semula.
Merbok otai yang sebelum ini sudah berada di anggar jebak menunggu masa sahaja untuk terjun turut berhenti berbunyi. EK memangjangkan leher menandakan peronda lebuhraya (winston) berada berdekatan. Hampir 30 minit semuanya senyap... terkukur berbunyi semula diikuti oleh EK kemudian terjun semula otai.. kali nie confirm Otai Hutan (BH) celir racik menembak ke luar dari laman.. tak aper biarlah belum nak rezeki kata Gan dari Muar. EK memujuk dan pada masa inilah juga merbok yang di anggar melompat ke pelentik tetapi bukan OTAI merbok; tetapi anak yang baru hendak bersalin bulu. Saya biarkan dekat 5 minit tetapi kasihan pulak merbok.. jadi keluar ke arah jebak, terkukur yang tengah syiook berlawan suara buat bodoh sahaja.
Saya ambil merbok yang dipelentik dan memasang semula jebak dengan harapan KRTU memanggil semula otai. Selang 5 minit peronda lebuh raya menjunam ke tanah dan naik ke arah KRTU. Nasib baik saya nampak dan berada tidak sampai 4 depa dari KRTU. Yang gerun pikat EK lah kerana helang tersebut fokus padanya juga.. bungkus dan baliklah..
Adus sudah 3x setiap kali terkukur berdepan merbok juga jelous kat terkukur; nak juga pijak pelentik jebak.. Rezeki hari ini kerana cuaca memang tidak cun nak main aper2 kerana dah lama tak hujan. Longkang tempat burung minum dah kering..
Sekian, terima kasih.
Sam
terbaik...otai nk tanya klu sisik 41/42 leh ajar mikat tak? ada sekor dlm sangkar dah bunyi 2/3 kali bila dekatkan sangkar dgn bb lain dia kerok tandang gelek2 kepala dgn sayap gedik2
BalasPadamsalam..
BalasPadamfuyooo dah lama nak membalas hari nie baru boleh.. tak tahu mengapa server asyik reject ajer.. boleh dijadikan pikat; sisek sekadar ukuran fizikal termasuklah saiz mata, bilangan kepak dan lain-lain lagi.. Yang penting test dulu kat laman.