Salam..
Ahad Petang 23/3/14. Niat memang nak berehat tetapi kasihan pula melihat KRTU. Sudah lama tidak menurunkan burung baru yang sudah melarau dalam kereta ini.
Sampai laman terus saya pasang jebak dengan menaikkan kantau. Sejurus saya sampai ke kereta merbok hutan sudah berada di anggar. Super cepat; kerana sebelum ini boleh dikatakan hampir 15 minit burung hutan berdepan dengan KRTU dan habis semua isi sudah dikeluarkan BH, pikat saya tidak pasti pulak hehehee tetapi masih tidak sampai nak memijak pelentik.
Kesilapan bermula saya terpijak pelentik jebak sehinggakan bengkok besi pelentik. Saya betulkan kemudian amatlah sukar untuk mendapatkan burung kerana merbok yang sudah melambung ke pelentik boleh mengelak dari memijak pelentik. Kemudian saya adjust semula dan sekarang merbok hanya berminat untuk memijak di hujung pelentik sahaja. Nak adjust ataupun tidak menyebabkan saya serba salah semula. Selain dari itu muka jebak terdedah tidak ditutup menyebabkan merbok hutan hanya fokus pada sisi jebak sahaja.
Kali ini, selepas saya mengalihkan kereta ke tempat strategik, merbok tersebut telah hilang dari anggar. Intai sana intai sini, saya intai pula pada jebak..alamak buluh rapun sudah hilang.. Sohih dah kene; tetapi kali nie burung tergantung. Adusss tak pernah terjadi kat jebak nie.. first time terjadi, kesimpulan kerana burung pijak dihujung kayu pelentik lah nie..
Malam itu juga burung ini beralih sangkar. Insyallah game sedap.. duduk menderak meratus kalau terkukur saya boleh kategorikan sebagai burung sulam. Rezeki sahabat dari Damansara; game burung memang macam KRTU saya tuh..
Sam
tahniah... KRTU menganas lg ^__^
BalasPadamsalam.. terima kasih atas ucapan tahniah.. KRTU memang dah rajin kat laman dan menjadi backup untuk pikat 41. 2 minggu lepas Pikat 41 dah sedut burung tetapi failed kat dahan akhir ajer... suara tajam & keras... Saya kene betulkan kantau sedikit lepas nie Insyallah boleh menangkap..
BalasPadamsayang sekali dahan menjadi pergancau hehehe klu dah tertulis bh tu rezeki saudara akan dpt juga ^___^
BalasPadamSalam,abg sam..burung yg di pikat oleh krtu dh mula meratus dgn jayanya.suara tinggi ada tekan sikit.gantung dpn rumah ada gak la 2-3 ekor singgah di sangkar bulat .sekarang ne masih garang time nak pegang siap mengepak,belum kenal tuan sepenuhnya...tlg bg langkah seterusnya..tqvm..
BalasPadamSalam.. next langkah hehehee sabar dulu.. tak lama lagi tuh.. hantar video atau gambar then baru boleh buat judgement.
BalasPadam