Salam..
Pada petang 28/1/14, jam 5 ptg sebelum turun ke laman menerima panggilan Mr Gan dari Muar. Berborak dengan beliau mengenai merbok. Makin ramai kawan seluruh M’sia sejak tertubuhnya blog memikat merbok.. Alhamdulilllah..
Ramai bertanyakan samada saya ingin menjual KRTU (tandang) ataupun tidak? Jawapan saya masih sama, belum menjadi dan kegunaan sendiri. Selepas bersembang mengenai merbok, saya terasa seronok nak memikat disebabkan cuaca tidak panas sekadar mendung hendak hujan.
Saya mengambil KRTU dan pikat 41. Pikat 41 dicadangkan berehat oleh saya, tetapi apakan daya ekor yang patah sebelum nie telah botak dibuang oleh pikat. APALAGI sampai di laman baru saya menggantungnya, diikuti oleh KRTU.
Pikat 41 mengambil lebih kurang ~ 2 minit untuk mula berbunyi. Jarang sekali bermula lambat begini.. mungkin sibuk berderak kerana merbok hutan sudah meratus kasar. Pikat KRTU berbunyi tetapi sebutir-sebutir.. meratus.. belum masak lagi KRTU nie.. tapi dah bolehlah digunakan untuk memikat.
Pendek citer, datang seekor burung hutan menggila terbang ke arah pikat 41. TETAPI berhenti separuh jalan terpanggil pula ke arah KRTU. Confuse burung tersebut terus melambung kea rah KRTU. Kelihatan seperti susah untuk jatuh ke jebak kerana berada dilembah hehee.. sepatutnya jebak ditinggikan sikit adusss kesilapan yang tidak disangka-sangka.
Datang sekor ke arah pikat 41. Saya bergegas dengan kereta ke arah pikat kerana suara tak jelas.. masih tidak jelas adusss.. kelihatan berderak tetapi sibuk mengejar burung hutan yang lain. Datang seorang kaki merbok dia berhenti kat pikat.. adusss orang tengah memikat janganlah lepak kat bawah jebak.. Kemudian beliau senyum dan terus beredar.. agak2nya melihat cara saya pasang jebak kot..
Boring betul saya, kerana tak dapat memastikan KRTU berbunyi atau tidak, ini kerana dikelilinggi oleh 3 burung hutan yang sibuk meratus.. cuaca tidak cantik, langi yang gelap mula menitikkan air tetapi seperti tertahan-tahan. Saya lihat KRTU tenang menandakan sibuk berbunyi melarau kot!!! Lambat lagi nak jadi pikat..
Pikat 41 masih berbunyi dan datang merbok tadi; tetapi bertenggek di anggar yang lebih dekat.. berhenti menderak, saya mula berkata-kata dalam hati, terjun atau tidak?..saya lihat burung memang dah menghadap pikat 41, AKHIRNYA burung melambung ke arah jebak & merupakan saat yang tersangat indah bila merbok landing di pelentik. Pada mulanya saya lihat burung seakan tidak mahu memijak pelentik tetapi merbok tersebut berubah arah pada saat terakhir & tuppppp .. enjoy gambar..
Otai tapi sayang suara tak dengar sangat kerana banyak gangguan Aduss!! Semalam dah check yang nie memang di cari pertengahan ke kasar
Datang melambung 2 ekor otai ke arah KRTU; tapi sayang pelentik jebak masih tidak dijumpai oleh merbok-merbok tersebut.. REPEAT jumaat ini untuk memastikan KRTU menangkap burung ke-2. Dah rajin tapi tidak serajin pikat 41. Dalam sebulan lagi akan meletup, otai2 merbok di Kapar sudah mencabar menangkap kat pengkalan hehee.. cabaran mesti digalas sekadar merapatkan silaturahim dengan orang tua2; apalagi saya nie pemula jadi kalau ada orang lama, dapatlah saya berkongsi ilmu dalam bidang merbok.. InsyAllah..
Hari masih awal, tetapi tidak bawa buntil burung aduss.. tak dapatlah nak menangkap yang ke-2. Pikat 41 sibuk meratus dalam kereta ajer hehee..
Dah dikeluarkan dari jebak, tetapi terpaksa letak kat jebak semula kerana terlupa bawa buntil heheee !!! (buntil saya orang JB dah bawa ke sana termasuk jerun betina - terkukur)
Pertama kali dapat merbok dengan tembolok penuh berisi; patutlah garang sangat. Dari pengamatan burung akan cepat menjadi pikat.