Selasa, 29 Oktober 2013

Sisek Vs Suara

Salam..

Apakah perkaitan antara suara vs sisek.  Saya akan cuba untuk mengupas hubung kait suara dan sisek merbok.  Sesungguhnya burung merbok ini merupakan haiwan yang unik dan amatlah sukar difahami.  Semakin saya mendalami ilmu suara merbok ini semakin banyak yang tidak saya fahami dan betapa saya sangat mengkagumi keindahan ciptaan Allah s.w.t ini.

Sebelum saya pergi lebih lanjut saya ingin membuat kupasan mengenai isu berikut:-

Untuk memahami hubungkait di antara suara dan sisek marilah saya permudahkan....

TEORI atau HIPOTESIS saya ialah "Merbok yang mempunyai sisek di atas 40 (41,42, 43) mempunyai suara yang laju dan kebanyakan volume besar dan keras".

Jadi apabila sepanjang saya bermain merbok itulah penemuan saya.  Sekiranya rakan2 merupakan orang yang mengambil kira sisek merbok dan berminat pada sisek bawah 40, janganlah menangkap burung yang bersuara laju.

Mengenai sisek 44 saya belum menemukan burung yang mempunyai sisek 44, tetapi saya dapat bayangkan apabila burung ini meratus tidak akan ada tek tek suara tengah burung tersebut.  Jadi ia akan kedengaran seperti Merbok yang mempunyai suara depan dan belakang sahaja atau jalan dua.  Kekadang burung seperti menderak sahaja bunyinya jika tidak diamati dengan betul2.

Sekian sahaja dari saya buat masa ini..

Sam 

Selasa, 22 Oktober 2013

tangkapan ke-9 (sisek 37 - tiada photo)

Salam..

tangkapan ke 9 kali nie di kawasan yang sama cuma berlainan tempat dengan burung ke 8 & ke-7.  Pagi Ahad lebih kurang jam 10 a.m saya ke laman.  Sekadar hendak mendengar burung otai yang lain.  Seperti dijangkakan otai ini menderak kasar dan lebat.  Cuma pada hari tersebut banyak sangat musuh termasukkan helang dan sikap.

Jadi pada 21/10/13 saya mengambil keputusan untuk repeat di kawasan yang sama betul-betul di bawah pokok otai tersebut meratus.  Hasilnya sekor burung merbok otai yang kakinya bewarna merah.  Semasa di laman selepas menggantung pikat, terus sahaja pikat meratus kemudian disambut oleh otai.  Sesi menderak hampir belangsung 2 minit cuma tidak dapat fokus kerana online dengan pembeli terkukur.

Kemudian dari pokok saya nampak otai melambung keluar terus terjun ke arah pelentik.  Satu pemandangan yang tidak dapat digambarkan di mana2 pun.  Pegang kaki burung tersebut dan saya lihat bulu derak.. patutlah berderak sahaja...  Memang hebat.

Insyallah selepas nie semua report bergambar.. hp ada kamera dah jumpa semula..

Sekian, terima kasih.

Sam

Isnin, 14 Oktober 2013

tangkapan ke-8 - Sisek 42

Salam..

Hari ini Isnin 14 oktober 2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.. saya bercuti dan bercadang untuk meracun kebun.   Tengok cuaca sayang pula hendak meracun kerana kebun belum semak hehee, dan weekend lepas memang tidak boleh bermain merbok..

Pendek cerita sampai ke TTDI Jaya, saya memasang pikat.   Serentak dengan itu kedengaran derak, 1, 2, 3, 4, 5 wowww.. siapa punya angkara nie..kelibat otai masih tidak nampak..  Selang seminit otai mula berbunyi dan kedapatan 3 suara berbeza.  Suara otai adalah suara idaman saya tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.  Suara ke dua adalah suara kasar dan dijangkakan burung bersisek lebih dari pikat iaitu sisek 41. Suara ke 3 suara anak hehee...

Kemudian suasana semakin gamat kerana merbok dari seberang sungai Damansara turut menyambut kedatangan pikat..  sekarang merbok hutan sibuk berperang suara sesama sendiri termasuklah melayan pikat.  Tidak sampai dua minit pun kelihatan kelibat otai no 2 datang terus ke arah jebak.  Dia memijak anggar, kemudian adjust kedudukan lalu terus terjun ke arah jebak..  the end.  Saya ambil burung dan sangkut jebak pada tempat yang sama.  Kemudian terbang melambung otai no 1 menyeberang sungai..  aksi hebat berlawan di seberang sungai..  saya tunggu hampir 5 minit otai berpatah balik ke anggar asalnya.  Berlawan suara dengan pikat.. tetapi terlalu banyak gangguan.  Lori simen, pasir sudah mula beroperasi jadi saya terus mengambil pikat kerana tidak tahan habuk menyebabkan kereta berdebu dan hari mula panas walaupun jam pukul 8.00a.m.  Ingat nak juga tengok pikat menangkap tetapi keadaan tidak mengizinkan..

Belek otai suara laju.. hahahaa tekaan tepat dari suara memang dah tahu sisek 42.  Derak boleh tahan juga dan dari muka dah kuning menunjukkan burung sudah matang (tua) sesuai dijadikan pikat.  Tadi tengok kat ladung dia dah merampas tempat tenggek dari burung  muda hehee.  Cuma terkilan hp yang ada kamera anak guna untuk menangkap gambar Slugtera biarlah hehehee.

Sekian, sahaja kali ini.

Sam

Rabu, 2 Oktober 2013

Tangkapan ke 7 - sisek 40

Salam..

Lama sudah tidak menangkap merbok kerana disebabkan tiada masa.  Kebetulan hari ini saya bercuti, jadi bolehlah layan di waktu pagi.

Ambil pikat sisek 41 dan bersiap ke padang golf glenmarie.. main di luar sahaja.  Sampai saya di laman, saya terus menggantung pikat.  Pikat terus berbunyi meratus dua kali dan terus menderak.  Nampak performance pikat sudah meningkat naik dari sebelum ini.

Hampir sejam barulah ada sambutan dan merbok hutan sekadar melambung ulang-alik sebanyak dua kali tetapi tidak singgah di jebak.  Nampak gaya burung tersebut bukanlah otai yang di cari.

Selepas hampir sejam setengah barulah sepasang merbok masuk ke kawasan ini.  Selang 5 minit barulah merbok hutan tersebut terbang naik anggar dan duduk disebelah jebak.  Sampai anggar merbok hutan terus menderak membelakangkan pikat.  Jeng! Jeng! Jeng! petanda baik nak bungkus merbok.  Kalau duduk anggar masih meratus panjang cerita lagi.  Masalahnya pikat tidak jelas kelihatan tapi dari gaya burung hutan, Pikat berlawan derak dengan burung hutan hampir 5 minit.  Owner sudah panas punggung dan penantian berakhir bila merbok hutan berpusing dan terus terjun kepelentik jebak baru buatan Saudara Zaidi Zakaria. 

Terima kasih brother Zaidi Zakaria, tempahan selama 3 bulan berbaloi juga hehee..



                                                  Laman di Padang Golf Glenmarie

                      Otai yang cuba ditangkap 3 bulan lepas sisek 40, suara kasar clear dan banyak derak

-sam