Rabu, 31 Julai 2013

Kacang Hijau: Pemberi Tenaga Pada Merbok

Salam..

Minggu ini saya ingin menceritakan kaedah pemberian kacang hijau pada burung kesayangan kita merbok.

Pemberian kacang hijau ini saya pelajari sejak tahun 2000 lagi melalui website perkututmall.  Kemudian saya bertemu lagi dengan artikel di blog ketitirpikat.

Sejak mula bermain merbok saya amalkan pemberian kacang hijau.  Bilangan bergantung pada mood saya.  Kalau dah letih cukuplah.  Apa yang saya ingin ceritakan ialah kaedah pemberian kacang hijau dan bagaimanakah menyediakan kacang hijau tersebut.

Kaedah yang saya amalkan ialah dengan merendam kacang hijau menggunakan air panas baru mendidih.  Kemudian saya bilas kacang hijau tersebut untuk membuang kekotoran pada kacang hijau tersebut lalu dibuang airnya.  Kemudian tambahkan air baru dan dibiarkan selama 2-8 jam (ikut kelapangan saya) kemudian saya suapkan pada burung tidak kisah disebelah malam sebelum turun laman atau sebelum turun laman.  Sebelum menyuap kacang tersebut, saya berikan dahulu air kacang hijau tersebut dengan memasukkan paruh merbok ke dalam air rendaman kacang hijau untuk membasahkan tekak merbok bagi membolehkan kacang ditelan dengan mudah.  Kemudian barulah menyuap merbok dengan kacang hijau.  Kemudian disudahi dengan mencelupkan paruh merbok ke dalam air kacang hijau tersebut lalu burung akan meminum air tersebut.

Air kacang hijau juga merupakan elemen penting untuk memberi tenaga pada merbok kesayangan kita.

Selamat  mencuba.

Sam

Khamis, 25 Julai 2013

Tangkapan ke-6: Sisek 40

Salam..

Hari ini bercuti kerana ada urusan peribadi.  Pendek cerita main merbok tetapi BH tidak datang sekadar melambung ke tempat lain.  Ini tanda-tanda merbok kurang galak..

Pergi ke laman lain pun banyak aktiviti manusia.. so balik ke rumah.  Teringat nak latih merbok tangkapan ke-2.  Merbok ini ditangkap pada 7 June 2013.

Laman:  Bukit Jelutong.
Game:  Meratus Derak Tandang kemudian terus terjun ke pelentik jebak.
Suara:  Sederhana
Jantina:  Betina (to be confirmed)
Sisek: 40

Saya merbok nie belek macam betina tetapi tengok kali ke-2 macam jantan.  So selepas masukkan jebak saya gantung dan naik ke rumah macam biasa.  Tidak sampai 5 minit tengok balik jebak.. macam dah ada burung.  Ish takkanlah dah kene; super cepat betul kali nie..

Enjoy hasilnya.. burung nie dah makan kat ladung tadi.. kemudian burung nie; game dia derak sebelum bunyi, tidor kat sebelah bilik tidor saya.. Pagi tadi baru dengar dia derak dan meratus.. heheee



Dalam latihan dah membunuh.
Ekor kontot tapi sudah makan kat ladung macam kebulur ajer hehee, bakal dilatih menjadi pikat secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

-Sam

Selasa, 23 Julai 2013

Tips Memilih Pikat Merbok: sisek 41,42,43

Salam..

"Pilihlah merbok yang mempunyai sisek 41, 42 dan 43".... 

Apa yang saya cadangkan pilihlah merbok dari sisek atas iaitu 41, 42 dan 43.  Merbok dari sisek ini dikatakan garang dan sudah pastilah mudah berlawan suara dengan MH yang berbunyi TETAPI pastikanlah MB nie sudah meratus dan rajin di rumah.  Kalau merbok baru janganlah nak cuba di bawa ke laman takut kecewa nanti.. takut melarau ajer.. tottoo too toot tooo

Peringatan:  Tips ini sekadar cadangan dari saya sahaja. Insyallah ikut petua orang tua ajer...  TETAPI lepas jadi, SUSAH nak menangkap jangan salahkan saya... peringatan sudah diberikan..

Mengapa yer? .. Burung merbok tangkapan saya ke-3; ialah bersisek 21 kiri dan 21 kanan.   Lebih kurang seminggu selepas itu saya menggantung pikat diluar rumah, merbok ditangkap minggu lepas sudah melarau dengan rajinnya di rumah melawan PIKAT.  Memang masa menangkap pun burung ini melarau kemudian barulah meratus. 

Jadi saya berpendapat sekiranya kita hendak cepat melatih pikat, pilihlah merbok yang dari sisek atas..iaitu 41, 42 dan 43.

Sekian, terima kasih.

-Sam

Isnin, 22 Julai 2013

Tangkapan ke-5: Sisek 37

Salam..

Jam 10a.m baru hendak mencari laman.. Pikat merbok sisek 41 digantung ditempat yang panas tapi hampeh kerana burung langsung tidak berbunyi.  Nampak gaya pikat dah tunjuk turun naiknya.. entahlah orang kata selepas membunuh bilangan tertentu pikat akan mengolah..

Pindah laman ke tempat redup, tinggal sahaja terus meletup.. hahaha.. itu ajer masalahnya..PANAS... oklah diterima jam dah 10.30a.m.  Pikat meratus..meratus.. tapi tidak ada kedengaran Merbok Hutan membalas.. adus.. apa dah jadi nie..

Pindah laman selang 6 pokok... pilih pokok yang tinggal tunggul sahaja.. jadi pelentik jebak nie terjulur keluar, memang target burung terjun terus ke jebak..

Tidak sampai 2 minit pun datang melayang merbok ke pokok depan mata saya.. aduss datang 3 ekor terus..sepasang dan otai yang melambung dari manalah.. harap2 yang datang tuh yang dok menderak sahaja kasarnya deraknya...  Yang sepasang tuh agak muda & dari suara diyakini MH dari sisek 41 dan ke atas..  jadi kurang minat sikit..

Berbalik pada cerita tadi..MH tidak sempat berbunyi ataupun memang saya tidak perasaan kerana tertumpu pada yang muda tadi,  yang Otai terus terjun ke pelentik dan tuppp.. dan aksi tersebut dapat saya lihat dengan jelas.  Adus kene yang mana satu harap2 yang otailah.. kerana dari tadi otai tuh ajer  yang menderak.   Ambil burung dan cari uncang... tertinggal pulak.. Nasib  baiklah main dekat..

Enjoy gambar.. macam biasa tiada gambar laman..


Sisek kaki merah macam burung siam sisek 37.

Memang banyak derak pun. Bulu burung kat kawasan nie memang tebal dan panjang.

Sekian, sahaja buat kali ini.

-sam

 

Rabu, 17 Julai 2013

Istilah & Bilangan Sisek

salam..

Istilah yang biasa didengari ialah merbok derak tandang.  Biasanya burung yang  mempunyai derak tandang dikatakan mampu membawa Merbok Hutan ke jebak dengan cepat.  Sekiranya pikat mempunyai derak tandang yang berlapis bermakna pikat tersebut boleh dikategorikan sebagai pikat gred A.

Derak ini biasanya dilakukan oleh pikat semasa belum meratus dan kebiasaanya pikat yang bagus akan mengeluarkan tandang apabila MH sudah sampai ke anggar merbok yang digantung.  Ada juga pikat yang mengeluarkan tandang apabila MH sudah di jaring oleh jebak.

Sesungguhnya permainan dan seni merbok ini terlalu halus dan amatlah sukar difahami tanpa adanya otai atau cikgu yang mengajar. 

Kajian yang saya lakukan ialah hubungan sisek dan suara amat menarik minat saya dalam mendalami ilmu merbok ini.  Saya belum cukup data untuk membuat kesimpulan.. Jadi secara ilmiah bilangan sisek dapat menentukan mutu suara seterusnya membolehkan saya menangkap yang mana sahaja yang saya kehendaki HANYA dengan mendengar suara. 

Jadi sekiranya difikirkan mengapa otai memilih pikat dari sisek 33,34,35,37,39,40 sebenarnya boleh diterangkan dengan mutu atau kualiti suara merbok tersebut.

Kemudian mengapakah sisek 41,42 dan 43 dikatakan garang dan memilih regu.  Pikat saya ber Sisek 41 dan masih mampu menangkap@menjaring burung bersisek dari julat 37 sehingga 42.  Ini menandakan pikat sedang naik dan sekiranya berjaya menangkap BH bersisek bawah 35 bermakna pikat sudah mencapai satu tahap baru@otai.

Jadi dengan ilmu tersebut maka tiadalah lagi unsur-unsur mistik dalam permainan ini. Insyallah saya mempunyai sekor bersisek 38 dan dikatakan mengolah jika dilaman..  akan saya cuba untuk jadikan pikat.  Mengikut sahabat & otai2 untuk membolehkan Merbok baru yang ditangkap untuk meratus mengambil  masa dari setahun hingga 3 tahun.  Lamanya... patutlah pikat harganya mahal.

-Sam

Isnin, 15 Julai 2013

Tangkapan ke-4: Sisek 39

Salam..

Jumaat 12 July 2013.  Lebih kurang jam 9 a.m kedengaran merbok disekeliling rumah riuh meratus.  Kemudian kelihatan ada yang melambung-lambung menyebabkan adrenalin nak memikat memuncak.  Disebabkan hari Jumaat; masa amatlah singkat ditambahkan pula pikat Sisek 41 belum betul2 stabil.  Keputusan diambil untuk menyangkut pikat di pokok depan rumah.  Jadi dari rumah boleh tengok pikat dan Merbok Hutan (MH).

Dipendekkan citer pikat Sisek 41 perform dengan luar biasa.  MH dari rusuk kiri menyambut cabaran pikat tetapi masih tidak kelihatan.  Saya agak keletihan lalu tertidor ayam.. bila terjaga jengah kepala tengok pikat.. belom lagi..  Akhirnya selepas 3x jengah kepala heheee... inilah hasilnya.   Cari hp yang ada kamera.. tak ada.. jadi tak ada gambar MH kene jebak.. yang ada gambar di bawah sahaja.

Merbok depan rumah.. suara sederhana rendah... game tak dengar tertidor..

Dari fizikal bulu plak sampai atas kepala dan bulu plak dada bertemu sudah cukup untuk menjadikan burung ini adalah burung reward.  Cuma tanda meow ajer yang tak ader  hehhee..

Sekian, sehingga berjumpa lagi..

Terima kasih.

Selasa, 9 Julai 2013

Burung Baru: Sisek 39

Salam..

Minggu lepas saya berkesempatan untuk mencuba nasib melatih merbok yang baru 2 bulan ditangkap dan diasingkan selama 5 hari.

Hasilnya tidak mendukacitakan 3 ekor datang  hendak berlawan tapi sayang kerana saya tidak pasang jebak sekadar menyangkutkan sahaja.

Figure:  Bakal menjadi pikat killer

Dari pengamatan saya merbok ini mempunyai derak yang lebat menyebabkan merbok di tanah terlompat-lompat mencari pikat. 

Sekian, sahaja buat kali ini.

-sam 

Isnin, 1 Julai 2013

Setting Jebak Merbok

Salam..

Saya baru-baru ni ada menukar pelentik jebak merbok dan bagaimanakah ingin mengetahui yang setting kita telah mencapai tahap yang memuaskan... ikuti ujian yang saya lakukan hehehee..

Bagaimanakah hendak setting jebak selepas menukar pelentik?. 

Jebak boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis tergantung dikatakan jenis (tutttt kera) dan jebak jenis biasa.  Insyallah saya akan cuba upload gambar kedua-dua jenis selepas menerima jebak dari sahabat Sg Petani iaitu jebak tutttt kera.  Cara untuk setting nie akan saya ceritakan, Insyallah pada posting yang akan datang & cara setting mungkin akan berbeza bergantung kepada jenis jebak dan mungkin berbeza di antara individu yang lain.

Selepas setting apa yang perlu dilakukan?

Masalah utama kalau tersalah setting jebak akan mudah tertutup sendiri.  Jadi ujian perlu dilakukan suapaya pemikat tidak kecewa di laman.  Jebak yang telah disetting biasanya digantung kosong untuk mengetahui sebarang masalah seperti tertutup sendiri bila ditiup angin dll lagi.  Ujian yang dilakukan oleh saya baru-baru ini telah memberi saya hasil yang memeranjatkan iaitu se-ekor murai cacing.

Hasilnya ini telah saya lepaskan, badan burung nie sangat tegap dan besar.



Figure 1:  Seekor murai cacing yang berkenan kat pelentik baru.


Selepas menangkap murai ini, saya sangat yakin yang pelentik baru ini ada sifat killer untuk menangkap burung hutan.

Sekian, terima kasih.

-Sam