Rabu, 31 Julai 2013

Kacang Hijau: Pemberi Tenaga Pada Merbok

Salam..

Minggu ini saya ingin menceritakan kaedah pemberian kacang hijau pada burung kesayangan kita merbok.

Pemberian kacang hijau ini saya pelajari sejak tahun 2000 lagi melalui website perkututmall.  Kemudian saya bertemu lagi dengan artikel di blog ketitirpikat.

Sejak mula bermain merbok saya amalkan pemberian kacang hijau.  Bilangan bergantung pada mood saya.  Kalau dah letih cukuplah.  Apa yang saya ingin ceritakan ialah kaedah pemberian kacang hijau dan bagaimanakah menyediakan kacang hijau tersebut.

Kaedah yang saya amalkan ialah dengan merendam kacang hijau menggunakan air panas baru mendidih.  Kemudian saya bilas kacang hijau tersebut untuk membuang kekotoran pada kacang hijau tersebut lalu dibuang airnya.  Kemudian tambahkan air baru dan dibiarkan selama 2-8 jam (ikut kelapangan saya) kemudian saya suapkan pada burung tidak kisah disebelah malam sebelum turun laman atau sebelum turun laman.  Sebelum menyuap kacang tersebut, saya berikan dahulu air kacang hijau tersebut dengan memasukkan paruh merbok ke dalam air rendaman kacang hijau untuk membasahkan tekak merbok bagi membolehkan kacang ditelan dengan mudah.  Kemudian barulah menyuap merbok dengan kacang hijau.  Kemudian disudahi dengan mencelupkan paruh merbok ke dalam air kacang hijau tersebut lalu burung akan meminum air tersebut.

Air kacang hijau juga merupakan elemen penting untuk memberi tenaga pada merbok kesayangan kita.

Selamat  mencuba.

Sam

4 ulasan:

  1. Bro berapa biji patut dikasi mkn,,, terima kasih info,, memang beguna,,

    BalasPadam
  2. salam.. berperingkat-peringkat.. lihat pada burung.. kalau burung tak mahu disuap lagi stop. Jangan paksa kerana kita tak tahu burung makan takat mana. Biasanya saya bagi 20 bergantung pada burung.. & ada bagi 40 pun ok lagi..

    BalasPadam