Ahad, 30 Jun 2013

Pikat Merbok (Sisek 41)

Salam..

Menurut ketitirpikat.blogspot.com burung yang bersisek 41, 42 dan 43 jarang dijadikan pikat kerana dikatakan memilih regu untuk berlawan. Bagaimanapun suara merbok sisek ini dikatakan bersuara merdu. 

Kebetulan merbok yang diberikan kepada saya dari ladong sahabat dari Selayang Baru bersisek 41.  Jadi selepas sebulan bermain menggunakan Merbok Baru ini, saya mendapati kelihatan seperti benar dakwaan tersebut.

Bagaimanapun saya telah menerima nasihat dari sahabat dari Kedah yang menyuruh saya bermain di dahan tinggi dan hasilnya ialah seperti di bawah:-

Figure 1:  Merbok RSAT

Burung ini mempunyai sisek 42 dan dari warna sisek kakinya kelihatan warna coklat kemerahan menandakan merbok ini agak muda (belum hitam gelap) & dibuktikan lagi dengan warna biru di sekeliling matanya masih biru dan belum bertukar menjadi kuning.  Kekadang bila terfikir semula tidak padan dengan merbok ini yang memang rajin berbunyi di atas bumbung RSAT sepanjang masa.  Mungkin juga disebabkan bilangan sisek 42 menjadikan burung ini sangat garang.

Saya menggantung jebak pada ketinggian >12 kaki dan merbok hutan (MH) datang dari dahan bawah melompat naik ke atas sebanyak 3 kali dan terus ke anggar jebak.  Kemudian terjun ke arah pikat.  Saya tidak dapat  mendengar suara merbok ini mungkin disebabkan sisek 42, terlalu garang.

Sekian, terima kasih

-Sam

4 ulasan:

  1. Bro mcm mana nak kira sisik,, blh kongsi ckit,,,

    BalasPadam
  2. Salam.. cara mengira sisek ada diceritakan di
    http://ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html
    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam