Selasa, 25 Jun 2013

Pikat Merbok Kualiti Baik

Salam.

Pemilihan burung merbok untuk dijadikan pikat haruslah dilakukan dengan teliti.  Ini kerana selepas bersusah payah kita melatih pikat tetapi pikat kurang membunuh atau menjaring burung percayalah yang akan susah hati ialah pemikat sendiri.

Kalau dilihat petua otai dalam memilih merbok yang wajib dilihat ialah permainan merbok sebelum ditangkap.  Perkara utama diutamakan ialah suara, derak dan sisek burung.


Suara Meratus:-

Suara ini diperlukan oleh merbok untuk memanggil burung merbok hutan (MH) untuk datang ke pokok yang disangkut jebak.  Tanpa suara meratus yang bagus pun MH biasanya akan singgah ke pokok pikat cuma masa yang diambil agak lama sedikit.  Suara yang diminati oleh saya ialah serak-serak basah.  Tidak terlalu kering sehingga menengking dan tidak terlalu basah sehingga sukar untuk didengari semasa melaman.

Derak:-

Saya tidak mahir dengan jenis-jenis derak, tetapi mengikut law selepas MH datang ke pokok, pikat mestilah melakukan derak.  Derak yang berlapis-lapis akan menyebabkan MH terjun ke pikat dalam masa yang singkat.  Sekiranya pikat deraknya kurang mengancam, maka MH akan berlalu pergi meninggalkan pikat kerana merasa tiada ancaman dari Pikat kita.

Derak yang saya minati ialah derak kasar kerana dapat didengari dari jauh dan kerap pula akan menyebabkan MH sangat marah dan terus terjun ke pikat.  Tanpa derak kasar yang kerap atau berlapis-lapis maka pikat kita tiada yang special. 

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan