Jumaat, 20 Mei 2016

Sisek Belah@Sisek Ayam@pecah

As-salam..

Ramai yang mencari sisek belah. Macam2 nama diberikan. Mengupas isu ini terus terang saya katakan setiap pikat mestilah ada sisek ini..

Lagenda@petua orang lama mengatakan sisek belah mencepatkan bh masuk dan terjun ke jebak. Seperti biasa apakah rasional disebaliknya?

Mengikut pengalaman merbok yang dijadikan pikat mestilah dari suara C. Alamak C.. jika tidak percaya carilah pikat otai2.. suara apakah yang banyak digunakan?

Kalau C mestilah ada tarik suara barulah sedap. Kalau tiada tarik mestilah ada patah. Kalau tiada patah mesti kita hendak suara rapat dan nyaring tetapi perlahan di hujung. Pening!!

Berbalik pada topik, selepas suara barulah sisek. BH yang datang akan melihat pikat. Jika pikat burung belasahan (sisek pecah banyak) maka cepatlah masuknya ke anggar@pelentik.  Kalau sisek solid bukan tidak masuk tetapi macam pikat 41 sayalah. BH sibuklah cari sebab berpusing2 nak terjun.

Adus itulah adat dunia haiwan. Sisek belah tidak kuat kerana struktur sisek tersebut. Jadi hendak dijadikan pikat; kena cari yang pecah. Pengalaman ini juga diceritakan oleh saudara Izham; di mana burung hutan sudah sampai berderak2 atas sangkar walaupun tinggal di apartment.

Banyak perkara ingin disentuh tetapi masa terhad. Sampai di sini dahulu.

Sekian, terima kasih.

Sam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan