Jumaat, 6 Mei 2016

Lagenda Merbok: Pikat Minit

As-salam..

Sireh pulang ke gagang..

Burung ini mulanya digelar "Dada Mengerutu (DM)". Merupakan tangkapan terawal menggunakan pikat sisek 41.

Sebagai hadiah tanda persahabatan dengan sahabat Melaka saya menghantar 3 ekor BB. Perjanjian mulut yang mudah berbunyi "Bang dada mengerutu nie bakal pikat saya.  Burung khas untuk abg ajer.. bakal pikat saya suara C yang lain2 abg pakai nanti tahu..". Burung bertukar tangan ...

Sahabat Melaka melatih dalam 2 minggu kemudian sudah rajin dalam jebak. Masa dalam latihan burung dari ketinggian 20 kaki turun ke 6 kaki. Saya rasa pilihan tepat untuk sahabat..

Selepas bunuh 3; sahabat beritahu burung x ada kuak bila burung masuk. Saya beritahu baru lagi bang. Dah bunuh 10 atas baru menilai..

Masa berlalu, selepas bunuh ke-5 burung dah buat kuak biasa. Bunuh 7 dah ada tandang.

Permainan: Naik jebak sahaja akan berderak kemudian melarau. Pantang kalau ada burung membalas teguran terus DM meratus rapat. Tak sampai 2-3 minit dah melambung. DM akan menembak kuak.. kemudian meratus sambil berpusing dalam jebak sambil menembak tandang. Setiap kali burung hutan bertukar anggar DM akan menghantar deraknya termasuk kerok..tandang bergilir-gilir.  Biasanya tidak sampai 10 minit burung dah kene jaring.


Semasa dalam latihan datang otai lama yang bermain merbok. Beliau melihat DM dan Muka Putih. Otai mengatakan DM burung minit..menangkap setiap minit. Muka putih lagi kanan dari DM. (Muka putih akan saya ceritakan pada masa akan datang). Lalu, Otai bertanya, Mana datang burung2 nie?.  Member beritahu kawan K.L bagi. Otai terdiam.. ???

Itulah cerita pikat minit (DM) yang sekarang ini sudah balik ke tuan asal iaitu saya.

Kawan dah tak minat main selepas DM diterkam sikap gara2 tamak setahun lepas.. pukul 10 pagi dah bunuh 3. Nak buat rekod hehe... selepas tuh habis semua burung dicubanya. Bosan menunggu katanya & pikat buang burung katanya.. 1 jam pun tak masuk.  Masuk pokok tapi beredar..

Kawan selalu beritahu.. dah mula2 main burung bagus, bila main yang lain... sampai hilang minat. Saya pula menjawab.. tahu burung tuh baik tapi manalah tahu sebaik begitu.. mcm mana bagus kene test laman juga.


Itulah penangan burung minit.

sam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan