Khamis, 14 April 2016

Tangkapan 61: BB Mengganas

As-salam..

Bb yang baru 2x masuk jebak menangkap. BB jenis bila dekat membuat derak kerok.

Sampai di laman saya naikkan kantau 2 jebak. Bb 54 yang sudah melarau kemudian meratus menjadi harapan. Tujuan hendak asak untuk dijadikan pikat.

Otai kasar datang menghampiri BB54 tetapi gangguan banyak.  Selepas itu BB kerok pula melarau melarau sahaja; belum dibalas dengan meratus. Otai bukit marahkannya; terus melambung kemudian landing dalam jarak sedepa. Kemudian adjust ba dan lalu berlawan derak.  Betina otai yang bosan  berlalu pergi. Yang jantan dah kena lock dengan Bb dah kuar deraknya. X dengar kerana saya jauh.

Kemudian otai melompat pendek untuk adjust selaras dengan kedudukan anggar pelentik dan terus terjun. Berdiri tegak selepas kene jaring.

Otai jenis suara katok C. Tie merah ladung m131 (mati).

enjoy..

Sekian, terima kasih.

sam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan