Sabtu, 23 April 2016

Hubungkait: Meratus dan Najis

As-salam..

Kajian merbok diteruskan. Ini dilakukan untuk suka2 sahaja. Bagaimanapun mungkin berguna untuk rakan2 sealiran.

Soalan: Bagaimanakah kita boleh mengetahui merbok dalam sangkar sudah meratus atau belum melalui bentuk najis?

Pemerhatian ini dilakukan pada burung di dalam sangkar bulat. Burung yang meratus biasanya najis berair (kalau sebelum ini bulat) dan bentuk seperti bihun di mana peratus airnya tinggi.

In sha Allah saya akan upload gambar. Dulu saya ingatkan jangkitan pada salur usus burung yang menyebabkan burung mengalami cirit. Tetapi selepas pemerhatian saya boleh simpulkan burung yg cirit dipercayai sudah rajin meratus dan tiada masa untuk makan. Jadi najis lebih banyak air dari pepejal.

Sekian, terima kasih.

sam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan