Sabtu, 27 Februari 2016

Tangkapan 56: Otai Mata Kuning

As-salam..

Laman ini dikatakan burung-burungnya celir. TAPI dah jadi tabiat saya, lagi celir lagilah bagus nak ajar burung baru. cuma nak dengar burung hutan meratus sekarang payah betul.


Datang naik anggar terus menghambur ke arah anggar pelentik. Kemudian terus pijak pelentik. menggelupur jangan cakaplah..


enjoy.. pindah laman nak tangkap burung ke-2; banyak gangguan orang... malas nak tunggu terus balik.


Paruh dan mata.. superb.

sekian, terima kasih.

Sam



Khamis, 25 Februari 2016

Cuaca Berangin

As-salam

cuaca tidak sesuai untuk memikat dan rata2 merbok yang matang sedang bersarang.

sekian, tetima kasih.

SH

Ahad, 14 Februari 2016

Senjata 2016: Untuk Tatapan Rakan2 Sahaja

As-salam..

3 ekor pilihan hati untuk dijadikan pikat 2016.




3 ekor tambahan sebagai backup tahun 2016:-


Akan dikemaskini gambarnya.

Yang akan berpindah tangan 



Sekian, terima kasih.

Sam





Tangkapan 55: BB 37: 1st time masuk jebak

As-salam..

Pagi ini ingin tukar selera dengan membawa tangkapan 37.

http://merbok-pikat.blogspot.my/2014/09/tangkapan-ke-37-pikat-sisek-41-bekerja.html?m=1


Burung 1.5 tahun ini menjadi taruhan. Kali pertama  masuk jebak dan hasilnya hampir 2 ekor.

Laman pertama selepas gantung saya terus menyorok. BB37  terus meratus dan datang otai. Otai masuk anggar dan berderak sambil geleng dan terus ke pelentik. Tak kene pulak.. celir nanti pulak.

Tukar laman dan hasilnya

Mangsa pertama

BB 37: Berbaloi Menangkapnya Dulu

Sekian, terima kasih.

Sam



Sabtu, 13 Februari 2016

Bulu Emas: Lagi gambar body

As-salam..

Umtuk tatapan sahaja yer..



Sekian, terima kasih.

sam

BB baru: Bulu Emas vs Bulu Merah

As-salam..

Rare.. itulah terpaan pertama saya. Sampai kawan bertanya banyak lagi ker senjata2 sulit saya?. Adus macam biasalah BB bukan pikat saya. Ramai lagi yang hebat2.. yang otai2 tapi mengaku baru main merbok.

Burung ini dari ilmu merbok yang saya pelajari bulunya bewarna emas. Nak tengok mana emasnya kene masa matahari pagi jatuh pada bulunya.

Kawan beritahu merah. Ntahlah.. saya masih tidak pasti kerana merah atau kuning biasanya hanya pada dada. Bukan pada bulu lipas. Mungkin melambak burung macam nie di luar sana. Saya ajer yang jahil maklumlah tangkapan belum cecah 1000 ekor jadi saiz sample kecik lagi.

Sekadar berkongsi dengan rakan2..


 Subjek di dalam kajian saya. Bulu plak 100% superb.

Sekian, terima kasih.

Sam

Rabu, 10 Februari 2016

menjinakkan merbok

As-salam..

Ramai bertanya dari dulu sehingga kini "Bagaimanakah menjinakkan merbok?".

Adalah sukar saya untuk membuat kesimpulan. Ini kerana cara "A" mungkin sesuai untuk burung "a" sahaja. Ramai hampa kerana sudah pelbagai kaedah digunakan tetapi burung tetap masih belum menjadi pikat..

Kaedah yang saya gunakan adalah menggunakan dua sistem. Satu dengan memastikan burung sihat dan persekitaran yang kondusif untuk burung berbunyi.

Pertama: Kekalkan burung merbok sihat.

Inilah masalah utama kaki merbok. Saya tekah berjumpa dengan pelbagai masalah samada sendiri atau sahabat.

Merbok harus dijemur di bawah matahari selama 2-3 jam tidak melewati jam 11 pagi.

Minuman dan makanan bebas najis dan pastikan air sentiasa ada.

Pemberian makanan tambahan digalakkan.

Kedua: Persekitaran Bebas Gangguan

Gangguan kucing dan manusia termasuklah spesis sama iaitu pikat haruslah dielakkan kerana BB sangat mudah kalah suara.



Sekian, terima kasih.

SH









Awal Musim: Pelbagai Dugaan

As-salam..

Selamat "Tahun Baru Cina..".

Seperti tahun2 lepas musim 2016 bermula perlahan. Pikat rehat terlalu lama menjadikan permainannya menurun.

Gangguan binatang seperti ruak2 & tupai dan tidak lupa ular menyebabkan kerja memikat tidak berhasil.  WALAPUN tempat lain sudah bermula TETAPI kawasan saya sedap menangkap di bulan 3.

Menyentuh sisek 33; saya ingin mengatakan yang burung tersebut tidak bermakna jika tidak menjadi pikat. Untuk menjadikan pikat burung tersebut mestilah mempunyai perkakas yang baik. Lagi hebat lagi bagus. Jika tiada perkakas maka ianya samalah dengan burung biasa.

Menjinakkan merbok ... bersambung.

Sekian, tetima kasih.

Sam


Jumaat, 5 Februari 2016

Sembang Member Baru: macamana dengan merbok?

As-salam..

Bukan tidak aktif tetapi sibuk dengan BB53.  Ramai yang bertanya tak main merbok lagi ker?

Ada main tengah target suara kasar sekor. Saya melayan kerenah dia.. harap2 boleh masuk jaring minggu ni. Cukup saya katakan suara kasar.

sekian, terima kasih.

Sam