Khamis, 3 September 2015

Asal-Usul Raja: Sumber Makanan

As-salam..

Rahsia ini diturunkan atas dasar untuk memahami dan memartabatkan permainan merbok sebagai satu cabang seni. Tiada unsur mistik sekadar teori sains berdasarkan pemerhatian saya dan individu yang tidak ingin dikenali.

Sumber makanan sesuatu kawasan amatlah penting dalam menentukan/meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu, jika kedapatan sumber makanan yang baik maka akan terdapatnya burung merbok yang baik dikawasan tersebut. 

Sumber makanan yang disebut ialah zat2 mineral dari batu-batan dan sumber bijiran dari rumput2.

Makanan yang baik menjadikan merbok sesuatu kawasan kelihatan besar dan lebih cepat matang.

Sumber makanan tidak kiralah kalsium dll menjadikan pembentukan tulang termasuklah sisek.  Sisek yang bagus dikatakan 33 & 21, ini terhasil dari makanan yang cukup zat dan hasil silang baka atau genetik yang baik.

Faktor genetik amatlah memainkan peranan dalam penghasilan Raja@Sultan. Raja diperkatakan menurut sahabat Selayang Baru; dari silangan pembesar dengan pembesar tetapi tidak dengan sisek penderhaka@gundik2nya (sisek 36&38).

Wow teori yang menarik dan sangat logik dalam menghasilkan baka2 yang  berkualiti.

Sekian sahaja hingga berjumpa lagi.

Sam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan