As-salam..
Kepentingan Raja Merbok ini hanyalah andaian berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis.
Raja merupakan lambang sebuah kerajaan. Oleh itu; Raja sangat penting dalam menentukan kelangsungan hidup kerajaan merbok tersebut.
Apakah hubung kait dengan aktiviti memikat?
Ingatkah rakan2 yang saya pernah menulis tentang sisek dan suara. Sekiranya burung tersebut Raja ataupun kumpulan bangsawan.. sudah pasti suara di kawasan tersebut volume besar dengan lenggok suara yang menarik.
Jadi sekiranya pikat kita bersuara C dan menangkap di kawasan suara A@B jangan pula terlupa mengira sisek merbok yang ditangkap.
Diingatkan kawasan dengan sisek di bawah 40; penulis mendapati ianya mudah dijadikan pikat tanpa banyak ragam.
Sekian, terima kasih.
SH
Blog ini sekadar menceritakan pengalaman dalam memikat merbok. Merupakan pemula dalam dunia merbok dan jebak.
Selasa, 29 September 2015
Ahad, 13 September 2015
Asal-Usul Raja: Faktor Genetik
As-salam..
Faktor genetik dan sumber makanan memainkan peranan utama dalam perkembangan sesekor burung. Genetik yang baik tetapi makanan yang tidak mendokong pertumbuhan maka tidak sempurna juga pertumbuhan.
Raja dikatakan berasal dari pembesar crossing dengan pembesar. Tidak semua kawasan mempunyai Raja. Ini menunjukkan Raja hanya terhasil apabila makanan sesuatu kawasan mencukupi dari segi zat dan lain2 lagi.
Persoalannya: Mengapakah Raja penting?
Sekian; terima kasih.
Sam

Rabu, 9 September 2015
Tangkapan 53: Cukup Syarat Untuk Pikat Simpanan
As-salam..
Selepas menghantar anak ke Sekolah; saya mengambil kesempatan melatih terkukur pesum. Alhamdulillah BB dipacak sudah berbunyi. Yang ini ada gerbang angguk dan gook angguk. Cuma game selang coo2. Yang mengembirakan hati saya ialah turun sekor bh ke arah pikat. Pikat angguk kemudian bh mula angguk juga. Saya halau bh yang sudah mula bosan.. Ini berterusan sampai 4 kali halau.
Merbok yang digantung tiada respond daripada burung hutan. Yang dicari kocak gondang tetapi langsung tiada respond.
Teringat merbok di kawasan lain. Memang menjadi idaman saya selain derak lebat dan tidak takut orang.
Selesai memasang jebak sudah kedengaran pikat membalas dengan meratus. Berjumpa dengan kawan sekejap kemudian tidak sampai 5 minit burung hutan memasuki pokok.
Saya adjust kedudukan duduk untuk melihat burung hutan beraksi. Jelas kedudukan burung hutan mendatar dengan jebak. Terdapat rimbun pokok menghalang pelentik menyebabkan saya berpendapat lambat lagilah. Ada orang berjalan di bawah pokok tetapi bh tidak beranjak. Saya yakin bh cukup garang. Game derak berselang tandang berkali- berkali sambil berpusing menjadikan saya cukup gementar jika bh berlalu pergi. Boleh tahan game burung ini.
Saya yang sibuk meneliti hp dikejutkan oleh bunyi rapun jatuh.. saya menoleh tempat tenggek burung hutan (bh) tetapi sudah tiada. Adus pergi mana...toleh ke jebak dan saya dapati rapun telah hilang. Saya bangun dan berdiri dan mula tersenyum.
Hasilnya...

Jumaat, 4 September 2015
Faktor Genetik: Pembesar vs Penderhaka
As-salam
Pembesar tidak boleh berkahwin dengan penderhaka. Jika terjadi juga; terdapat dua pendapat.
Hasil no: 1
Hasilnya terjadilah merbok sisek yang tidak dikehendaki atau sisek yang genap. Maka burung dikatakan mempunyai perangai dan amat sukar untuk dilatih menjadi pikat.
Hasil no: 2
Hasilnya burung yang mempunyai sisek lebih 41 & ke atas. Pasal itulah sisek ini dikatakan sangat garang dan sukar dicari lawan kerana sedang memberontak. Oleh itu; biasanya bilangan di atas tiada sisek pecah dan datang macam ribut.
Bersambung lagi untuk pembesar menghasilkan sultan.

Khamis, 3 September 2015
Asal-Usul Raja: Sumber Makanan
As-salam..
Rahsia ini diturunkan atas dasar untuk memahami dan memartabatkan permainan merbok sebagai satu cabang seni. Tiada unsur mistik sekadar teori sains berdasarkan pemerhatian saya dan individu yang tidak ingin dikenali.

Sumber makanan sesuatu kawasan amatlah penting dalam menentukan/meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu, jika kedapatan sumber makanan yang baik maka akan terdapatnya burung merbok yang baik dikawasan tersebut.
Sumber makanan yang disebut ialah zat2 mineral dari batu-batan dan sumber bijiran dari rumput2.
Makanan yang baik menjadikan merbok sesuatu kawasan kelihatan besar dan lebih cepat matang.
Sumber makanan tidak kiralah kalsium dll menjadikan pembentukan tulang termasuklah sisek. Sisek yang bagus dikatakan 33 & 21, ini terhasil dari makanan yang cukup zat dan hasil silang baka atau genetik yang baik.
Faktor genetik amatlah memainkan peranan dalam penghasilan Raja@Sultan. Raja diperkatakan menurut sahabat Selayang Baru; dari silangan pembesar dengan pembesar tetapi tidak dengan sisek penderhaka@gundik2nya (sisek 36&38).
Wow teori yang menarik dan sangat logik dalam menghasilkan baka2 yang berkualiti.
Sekian sahaja hingga berjumpa lagi.
Sam
Rabu, 2 September 2015
Tangkapan 52: Tempat Baru: Boleh Tahan Ajer
As-salam
Suara tajam kristal gred C, ada katok kat suara tengah menjadi taruhan hari ini. Datangnya macam ribut dan bila berdepan derak lebat; melompat& menghambur serta berpusing membelakangkan pikat.
Hati berkata bukan rezeki..asyik dengan terkukur pesum ditanah....toleh jangan tak toleh tahu2 ajer rapun hilang.. lagi sekali hasilnya.. footprint sisek menjadi rekod tangkapan untuk rujukan yang membeli dan rujukan sendiri.

Sisek kiri |
Tersungkur Juga akhirnya |
Sisek kanan |
Langgan:
Catatan (Atom)