Ahad, 14 Jun 2015

Tangkapan 47: Seksanya Nak Tangkap.

As-salam..

Pergh lama nak menangkap burung nie.

Laman pertama: padang jarak padang terkukur. Merbok tiada yang garang.

Laman ke-2: monyet banyak. Pikat kene sergah minggu lepas. Target kocak..memang suara B+. Cun tapi tak nak jugak sampai.  Anggar tidak kene.  Lepas tuh kene tegur pulak kerana memasuki kawasan persendirian.  TAPI brother tuh ok siap cakap tunggulah kejap lagi..hehe.. hati tak syiok... saya pindah laman public.

Laman ke-3; pergh suara kasar bang. Tengok lubang hidung memang lubang besar. Suara B.. dulu complete tandang tapi tadi tak dengar burung hutan buat..Ntahlah jam 12 pm.. biasa main sejam dua balik..

Sampai laman otai sedang mengalunkan lagu cindai.. saya naikkan kantau otai terbang berlalu. X sampai 2 minit sampai balik.. cara datang yang mahal melambung.. cuma tak sedap asyik elak pelentik.  Celir gara2; 2 kali burung merbah kene jebak depan burung nie.

Dari kiri naik pokok pikat derak dia terjun nak ke pelentik..elak lagi..ishhh apa tak kene... pindah jebak datang balik dan dia duk sebelah jebak berderak2..

Hati berdoa "Ya Allah, Murahkan rezeki ku". Usaha dah; berdoa dah.  Burung seberang sungai sampai.  Tapi berpatah balik..suara kalah dengan otai .. bawah sikit. Memang burung hutan nie rajin memerap tetapi kali nie.... hehe..berderak ekor ada naik tapi suara tak dengar. Akhirnya setelah 3 kali pindah jebak barulah berjaya. Syukur Alhamdulillah..

Burung kualiti sangat garang..bulu derak kurang tapi hati superb.  Tengok sisek.. patutlah satu pun tak pecah.. burung halus tapi bulu kemas.

Superb. Sekian, terima kasih.

sam

note: cable tie merah jantan







Tiada ulasan:

Catat Ulasan