Ahad, 25 Januari 2015

Krtu: Pikat (BB) yang berisi

Salam..

Ramai mengadu bang burung hutan dah meletop tapi tak nak masuk.

inilah masalah main jebak.  Pikat kene kuat sedut barulah boleh dapat burung.

TETAPI tidak semua pikat mempunyai darah penurun yang baik.  Burung yang baik bila naik sahaja galah dah memanggil.  Bila buka mulut sahaja burung dah sampai.

Istilah diberikan oleh otai Melaka ialah burung "minit".  Saya tidak pula bertanya banyak tetapi memang kejap2 menangkap.  Celir macamanapun merbok hutan akan sampai.  Menangkap atau tidak bergantung pada kedudukan pelentik & jebak.

Krtu bukanlah burung minit kerana masih belum rajin dalam jebak.  Salah sendiri kerana tidak asak betul2.  Penurun dia boleh ajer..

Panjang pengenalan..hari ini saya membawa 2 pikat.  Cuaca yang panas membuatkan hati saya gembira hendak membawa 2 jebak.

Sampai dilaman favourite 3 ekor otai tengah berperang. Tiga2 suara ok..satu kocak..

Pasang jebak dekat sejam barulah terjun sekor ke arah krtu dikuti kocak.  Tapi kocak lebih marahkan pikat 41. Alamak mana satu nak tengok.. Lawan krtu asyik meratus..manakala lawan pikat 41 derak..

Dari kedudukan burung terjun jap lagi kat krtu..& memang menjadi kenyataan.  Terpaksa ambil burung..maka kocak terbanglah..kemudian kocak datang semula tetapi apakan daya kene ambik anak dari sekolah.

Bulu derak boleh tahan.  Sangkut kat pagar baru snap gambar..
Sekian sahaja buat kali ini.  Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan