Ahad, 25 Januari 2015

Krtu: Pikat (BB) yang berisi

Salam..

Ramai mengadu bang burung hutan dah meletop tapi tak nak masuk.

inilah masalah main jebak.  Pikat kene kuat sedut barulah boleh dapat burung.

TETAPI tidak semua pikat mempunyai darah penurun yang baik.  Burung yang baik bila naik sahaja galah dah memanggil.  Bila buka mulut sahaja burung dah sampai.

Istilah diberikan oleh otai Melaka ialah burung "minit".  Saya tidak pula bertanya banyak tetapi memang kejap2 menangkap.  Celir macamanapun merbok hutan akan sampai.  Menangkap atau tidak bergantung pada kedudukan pelentik & jebak.

Krtu bukanlah burung minit kerana masih belum rajin dalam jebak.  Salah sendiri kerana tidak asak betul2.  Penurun dia boleh ajer..

Panjang pengenalan..hari ini saya membawa 2 pikat.  Cuaca yang panas membuatkan hati saya gembira hendak membawa 2 jebak.

Sampai dilaman favourite 3 ekor otai tengah berperang. Tiga2 suara ok..satu kocak..

Pasang jebak dekat sejam barulah terjun sekor ke arah krtu dikuti kocak.  Tapi kocak lebih marahkan pikat 41. Alamak mana satu nak tengok.. Lawan krtu asyik meratus..manakala lawan pikat 41 derak..

Dari kedudukan burung terjun jap lagi kat krtu..& memang menjadi kenyataan.  Terpaksa ambil burung..maka kocak terbanglah..kemudian kocak datang semula tetapi apakan daya kene ambik anak dari sekolah.

Bulu derak boleh tahan.  Sangkut kat pagar baru snap gambar..
Sekian sahaja buat kali ini.  Terima kasih.

Rabu, 21 Januari 2015

Musim Baru Bermula: Belum Galak

Salam..

Menerima panggilan telefon.. peminat menanyakan betul ker musim sudah bermula..kerana merbok hutan datang keliling pikat tapi tak nak masuk jebak.

Susah untuk saya menerangkannya. Burung matang akan garang terus tetapi anak yang baru naik muda masih takut2.  Jadi carilah otai jangan burung muda.

Otai nie suara agak tinggi volume & nada sekata.

sam


Khamis, 15 Januari 2015

Komen Tangkapan Pertama - 2015

Salam..

Mengecewakan.  Itulah tanggapan pertama tetapi masih dibawa balik dan disimpan.

Memang betul bulu derak tidak tebal memang tiada kualiti.  Yang menjadi harapan ialah burung ditangkap di laman favourite saya.  Sepanjang saya menangkap kawasan ini tidak menghampakan.

Jadi saya simpan buat kenangan yang kawasan ini sudah kehabisan burung yang bagus2 lagi.

Esok ke laman yang tidak menjanjikan apa2; sekadar debu sahaja.

wassalam..

sam

Rabu, 14 Januari 2015

musim 2015 bermula

Salam..

masih gagal untuk mendapatkan otai..walaupun sudah sebelah jebak tetapi belum rezeki.  Gangguan orang..

Kemudian pindah laman ke-2. Sebelah ajer & hasilnya..

5 minit duduk sedepa dari pikat akhirnya terjun.


sam.

Khamis, 8 Januari 2015

Suka-suka ajer: parang pikat

Salam

Ramai bertanya tak memikat ker?

jawapan saya: Sibuk buat parang & burung asyik derak jauh dari pikat.

Parang no. 1: Belakang parang

Muka depan dah modify sikit..gambar lama

Parang no.2: RCB problem  hulu x dapat siapkan

Hehe enjoy yer & jangan tanya nak tempah yer!! Sekadar seronok2 ajer kebetulan member bagi tanduk kerbau.  Yang parang no 1 pun tak dapat buat finishing..power tidak ada...

sam