Rabu, 10 September 2014

Dipermainkan oleh merbok..

Salam..

Saya memasang jebak ditempat merbok 35 ditangkap.  Niat untuk menangkap otai yang memijak pelentik selepas tangkapan kene.  Burung tidak lari sehinggalah saya datang.

Selesai memasang jebak, burung hutan datang duduk menderak, disebelah jebak sambil derak ke hulu hilir..tetapi tidak mahu pijak pelentik.  Dekat sejam pikat layan otai ini.

Tutup muka jebak, otai lari kemudian datang semula tetapi masih sama tak nak terjun.

Akhirnya saya selarikan pelentik dengan dahan pokok. Merbah pulak kene otai kat belakang jebak. Masih menduga saya kot.


Rasa dipermainkan, ambil pikat nak balik, otai masih menderak ahhhhh, ahhh, ahhhh...cukuplah hari ini merbok mempermainkan saya hehe esok masih ada. Kawasan nie otai 2 ekor dapat kepak memang ke bawah...tanda garang tuhh!!

memang sesuai jadi pikat saya.

Sam










Tiada ulasan:

Catat Ulasan