Ahad, 30 Jun 2013

Pikat Merbok (Sisek 41)

Salam..

Menurut ketitirpikat.blogspot.com burung yang bersisek 41, 42 dan 43 jarang dijadikan pikat kerana dikatakan memilih regu untuk berlawan. Bagaimanapun suara merbok sisek ini dikatakan bersuara merdu. 

Kebetulan merbok yang diberikan kepada saya dari ladong sahabat dari Selayang Baru bersisek 41.  Jadi selepas sebulan bermain menggunakan Merbok Baru ini, saya mendapati kelihatan seperti benar dakwaan tersebut.

Bagaimanapun saya telah menerima nasihat dari sahabat dari Kedah yang menyuruh saya bermain di dahan tinggi dan hasilnya ialah seperti di bawah:-

Figure 1:  Merbok RSAT

Burung ini mempunyai sisek 42 dan dari warna sisek kakinya kelihatan warna coklat kemerahan menandakan merbok ini agak muda (belum hitam gelap) & dibuktikan lagi dengan warna biru di sekeliling matanya masih biru dan belum bertukar menjadi kuning.  Kekadang bila terfikir semula tidak padan dengan merbok ini yang memang rajin berbunyi di atas bumbung RSAT sepanjang masa.  Mungkin juga disebabkan bilangan sisek 42 menjadikan burung ini sangat garang.

Saya menggantung jebak pada ketinggian >12 kaki dan merbok hutan (MH) datang dari dahan bawah melompat naik ke atas sebanyak 3 kali dan terus ke anggar jebak.  Kemudian terjun ke arah pikat.  Saya tidak dapat  mendengar suara merbok ini mungkin disebabkan sisek 42, terlalu garang.

Sekian, terima kasih

-Sam

Selasa, 25 Jun 2013

Hasil Tangkapan Merbok

Salam..

Berikut ialah hasil tangkapan merbok dengan burung baru pemberian Sahabat@Sifu Selayang Baru.

Enjoy!!


Laman:  TTDI jaya.
Game:  Turun tanah, naik anggar kemudian derak dan terus terjun ke jebak jarak dalam 6 kaki.
Suara:  Kasar Serak Basah.
Jantina: Jantan
Sisek: 37

















Laman:  Bukit Jelutong.
Game:  Meratus Derak Tandang kemudian terus terjun ke pelentik jebak.
Suara:  Sederhana
Jantina:  Betina (to be confirmed)
Sisek: 40







Gambar kiri:  Tergantung dalam jebak









Gambar kiri:  Bulu derak kat penyambut ekor, boleh tahan.








Sekian, terima kasih.

Sam



Pikat Merbok Kualiti Baik

Salam.

Pemilihan burung merbok untuk dijadikan pikat haruslah dilakukan dengan teliti.  Ini kerana selepas bersusah payah kita melatih pikat tetapi pikat kurang membunuh atau menjaring burung percayalah yang akan susah hati ialah pemikat sendiri.

Kalau dilihat petua otai dalam memilih merbok yang wajib dilihat ialah permainan merbok sebelum ditangkap.  Perkara utama diutamakan ialah suara, derak dan sisek burung.


Suara Meratus:-

Suara ini diperlukan oleh merbok untuk memanggil burung merbok hutan (MH) untuk datang ke pokok yang disangkut jebak.  Tanpa suara meratus yang bagus pun MH biasanya akan singgah ke pokok pikat cuma masa yang diambil agak lama sedikit.  Suara yang diminati oleh saya ialah serak-serak basah.  Tidak terlalu kering sehingga menengking dan tidak terlalu basah sehingga sukar untuk didengari semasa melaman.

Derak:-

Saya tidak mahir dengan jenis-jenis derak, tetapi mengikut law selepas MH datang ke pokok, pikat mestilah melakukan derak.  Derak yang berlapis-lapis akan menyebabkan MH terjun ke pikat dalam masa yang singkat.  Sekiranya pikat deraknya kurang mengancam, maka MH akan berlalu pergi meninggalkan pikat kerana merasa tiada ancaman dari Pikat kita.

Derak yang saya minati ialah derak kasar kerana dapat didengari dari jauh dan kerap pula akan menyebabkan MH sangat marah dan terus terjun ke pikat.  Tanpa derak kasar yang kerap atau berlapis-lapis maka pikat kita tiada yang special. 

Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Jun 2013

Jantina Merbok

salam..

Kalau  terkukur di hutan jantinanya boleh dikenalpasti dengan melihat sepit udang iaitu tulang berdekatan dengan dubur burung iaitu rapat jantan dan jarak satu jari biasanya betina TETAPI tidak bagi merbok.

Saya berjaya menangkap se-ekor merbok di hutan yang mempunyai sepit udang yang besar jaraknya.  TETAPI burung tersebut ialah jantan.  Kedapatan pula se-ekor yang mempunyai sepit udang kecil tapi ianya adalah betina.

Bagaimana cara nak melihatnya??

Menurut sifu Pak Su dari Sg Petani yang saya kenali dan pernah memikat bersama beliau di Selangor, jantina merbok boleh dilihat dari bulu putih di paruh  burung tersebut.  Jika warna bulu putih kerbiruan besar membawa ke kepala maka burung tersebut ialah burung jantan.  Jika warna biru putih sedikit maka burung tersebut betina.

Kemudian kedapatan beberapa blog perkutut dan merbuk cara membezakan jantina juga boleh dilakukan dengan menterbalikkan burung tersebut.  Yang jantan ekor akan mengembang dengan cepat.  Kenapa dan mengapa masih menjadi persoalan bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan merbok.

Sekian, terima kasih.

Sam

Selasa, 18 Jun 2013

Merbok Oh Merbok!!

Salam..

Saya merasa terpanggil untuk membuat blog bagi burung merbok kerana kurangnya maklumat yang diperolehi apabila mencari maklumat mengenai menjebak merbok.  Terdapat dua blog utama yang menjadi rujukan saya iaitu ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html dan http://merbukutara.blogspot.com/.

Di dalam blog ketitirpikat ada menceritakan petua orang lama dalam memilih pikat dan kebanyakan otai memilih merbok yang bersisek 37 kerana dikatakan boleh bermain semua laman.  Bagaimanapun owner blogspot ketitirpikat memilih sisek 40 kerana lebih mudah untuk menjadi pikat dan yang terpenting sekali ialah sesuai dengan beliau.

Merbok amatlah berbeza dengan terkukur dari segi saiz dan perangai. Untuk menjadikan merbok sebagai
pikat amatlah sukar dan memerlukan kesabaran. Oleh itu kemahiran memilih merbok sebagai pikat amatlah penting dan menjadi penentu pikat yang dipilih mampu untuk menjadi pikat yang baik.

Ciri-ciri pemikat

Ciri-ciri pemikat yang baik ada diceritakan di ketitirpikat.blogspot.com/p/petua-orang-lama.html.  Ada sifu yang mengandaikan & membandingkan bilangan sisek dengan pangkat  panglima (sumbangan sifu dari selayang baru) iaitu:-

1.  Sisek 21 Sultan/Raja
2.  Sisek 33 Bendahara
3.  Sisek 37 - 44 - Panglima/Laksmana
4.  Sisek 45 ke atas bentara/rakyat
Bagaimanapun kaedah yang terbaik untuk menjadikan pikat ialah mendengar dahulu derak, angguk, geleng kepala/mengeletek dan jalan suara yang baik semasa menangkap merbok di hutan.  Kemudian dikirakan sisek merbok tersebut dan lihat kategori mana merbok yang diperolehi.  Masalah akan timbul di mana BH terus terjun ke jebak tanpa mengeluarkan suara.  Ini sering terjadi disebabkan BH tersebut sangatlah garang.  Pada masa inilah pengalaman dan petua dari orang tua-tua dengan melihat bulu plak pada bahagian bawah punggung burung tersebut.  Setelah berpuas hati barulah kita asingkan burung tersebut di dalam sangkar bulat.

Menjinakkan merbok

Rata-rata blog dan website  mengatakan untuk menjinakkan merbok gantunglah sangkar bulat ditempat orang lalu lalang dan selalu mandikan merbok tersebut.  Waktu terbaik memandikan merbok ialah pada waktu pagi selepas keluarnya matahari.  Sekiranya hari mendung merbok tidak boleh dimandikan kerana dikhuatiri akan kesejukan kerana saiz merbok yang kecil berbanding terkukur.  Kemudian merbok dijemur sehingga maksimum 11 pagi.  Selepas itu matahari yang keluar merosakkan burung merbok dan bukannya merawat burung.

Tempoh masa untuk membiasakan burung merbok dengan sangkar bulat mengambil masa lebih kurang 2 tahun sebelum boleh dimasukkan dalam jebak.

Sampai di sini buat masa ini..

Sekian, terima kasih.