Sabtu, 21 Mei 2016

Pesum Merbok: Baka Menguak Meratus

As-salam..

Baka pesum "Kuak Meratus" ini merupakan hasil crossing antara burung hutan x burung hutan.  Diturunkan baka kerana keistimewaan Kuak Meratus yang tiada gap antaranya (kuak terakhir terus masuk meratus dan berulang2).  Sekali dengar sedap pulak.. trademark Pusat Jualan Merbok.

Anak yang berumur setahun sudah mula Kuak Meratus mengikut  bapaknya.  Sengaja dibiarkan di ladung kerana sudah mula berderak keroookkk memanggil betina.  Dijangkakan baka ini mempunyai cukup permainan dan sudah turun anak lebih dari 10 labuh.

Sekadar untuk tatapan rakan2 sahaja anak berumur 5 bulan yang sudah mula menguak adik-adiknya.  Sisek tiada pecah menjadikannya sangat garang membuktikan teori tiada sisek belah pemiliknya adalah burung yang sangat garang.

Umur 5 Bulan Sudah mula pukul burung hutan 2 tahun yang berada di ladung. 

Membunuh adiknya sendiri dan terpaksa diasingkan.   
 
Sekian, terima kasih.

Sam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan