Rabu, 10 Februari 2016

menjinakkan merbok

As-salam..

Ramai bertanya dari dulu sehingga kini "Bagaimanakah menjinakkan merbok?".

Adalah sukar saya untuk membuat kesimpulan. Ini kerana cara "A" mungkin sesuai untuk burung "a" sahaja. Ramai hampa kerana sudah pelbagai kaedah digunakan tetapi burung tetap masih belum menjadi pikat..

Kaedah yang saya gunakan adalah menggunakan dua sistem. Satu dengan memastikan burung sihat dan persekitaran yang kondusif untuk burung berbunyi.

Pertama: Kekalkan burung merbok sihat.

Inilah masalah utama kaki merbok. Saya tekah berjumpa dengan pelbagai masalah samada sendiri atau sahabat.

Merbok harus dijemur di bawah matahari selama 2-3 jam tidak melewati jam 11 pagi.

Minuman dan makanan bebas najis dan pastikan air sentiasa ada.

Pemberian makanan tambahan digalakkan.

Kedua: Persekitaran Bebas Gangguan

Gangguan kucing dan manusia termasuklah spesis sama iaitu pikat haruslah dielakkan kerana BB sangat mudah kalah suara.



Sekian, terima kasih.

SH









Tiada ulasan:

Catat Ulasan