Rabu, 9 September 2015

Tangkapan 53: Cukup Syarat Untuk Pikat Simpanan

As-salam..

Selepas menghantar anak ke Sekolah; saya mengambil kesempatan melatih terkukur pesum. Alhamdulillah BB dipacak sudah berbunyi. Yang ini ada gerbang angguk dan gook angguk. Cuma game selang coo2.  Yang mengembirakan hati saya ialah turun sekor bh ke arah pikat. Pikat angguk kemudian bh mula angguk juga.  Saya halau bh yang sudah mula bosan.. Ini berterusan sampai 4 kali halau.

Merbok yang digantung tiada respond daripada burung hutan. Yang dicari kocak gondang tetapi langsung tiada respond.

Teringat merbok di kawasan lain. Memang menjadi idaman saya selain derak lebat dan tidak takut orang.

Selesai memasang jebak sudah kedengaran pikat membalas dengan meratus.  Berjumpa dengan kawan sekejap kemudian tidak sampai 5 minit burung hutan memasuki pokok.

Saya adjust kedudukan duduk untuk melihat burung hutan beraksi. Jelas kedudukan burung  hutan mendatar dengan jebak.  Terdapat rimbun pokok menghalang pelentik menyebabkan saya berpendapat lambat lagilah. Ada orang berjalan di bawah pokok tetapi bh tidak beranjak. Saya yakin bh cukup garang.  Game derak berselang tandang berkali- berkali sambil berpusing menjadikan saya cukup gementar jika bh berlalu pergi.  Boleh tahan game burung ini.

Saya yang sibuk meneliti hp dikejutkan oleh bunyi rapun jatuh.. saya menoleh tempat tenggek burung hutan (bh) tetapi sudah tiada. Adus pergi mana...toleh ke jebak dan saya dapati rapun telah hilang.  Saya bangun dan berdiri dan mula tersenyum.

Hasilnya...







Sekian, terima kasih.

5 ulasan:

  1. Burung jinak dan banyak game senang jadi Pikat. So main merbuk ni sebenarnya kantau tak perlu tinggi sangat

    BalasPadam
  2. BH yang tak takut org adalah salah satu mandatory kualiti. Jadi kalau nak jadikan Pikat ..kawasan perumahan adalah terbaik.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Komen ke-3 telah dikeluarkan kerana sama dgan komen pertama.

    BalasPadam
  5. As-salam. Selamat datang sahabat@sifu. Memang benar jika kawasan seperti diatas bukan sahaja orang tetapi motor pun lalu dia tak berganjak; ada harapan 6 bulan pikat.

    BalasPadam