Selasa, 29 September 2015

Kepentingan Raja: Berehat Dari Menangkap

As-salam..

Kepentingan Raja Merbok ini hanyalah andaian berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis.

Raja merupakan lambang sebuah kerajaan. Oleh itu; Raja sangat penting dalam menentukan kelangsungan hidup kerajaan merbok tersebut.

Apakah hubung kait dengan aktiviti memikat?

Ingatkah rakan2 yang saya pernah menulis tentang sisek dan suara.  Sekiranya burung tersebut Raja ataupun kumpulan bangsawan.. sudah pasti suara di kawasan tersebut volume besar dengan lenggok suara yang menarik.

Jadi sekiranya pikat kita bersuara C dan menangkap di kawasan suara A@B jangan pula terlupa mengira sisek merbok yang ditangkap.

Diingatkan kawasan dengan sisek di bawah 40; penulis mendapati ianya mudah dijadikan pikat tanpa banyak ragam.

Sekian, terima kasih.

SH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan