Isnin, 16 Februari 2015

Tangkapan 41: Belum Rezeki

Salam..

Lain yang hendak ditangkap; lain yang didapati.

Selepas menangkap otai laman..maka burung idaman dengan gagahnya menabalkan diri sebagai jaguh daerah itu.  Maka dengan terdengar sahaja berita; bendahara pikat sisek 41 diasapkan.

Apabila selesai dimandikan limau dan diperasapkan maka digantunglah pikat.  Pikat kurang bertenaga kerana semalam 4 jam melayan panglima tandang bersuara C tengking kristal clear..idaman kalbu tuan pikat.

Selesai digantung bendahara sisek 41 mengalunkan kata cabaran yang berbunyi seperti ini..

Duhai jagoh daerah..
Sambutlah cabaran gue..
Gue sudah lama tidak menangkap..
Kerana tuan aku asyik sibuk..

Selesai bendahara sisek 41 berkata-kata..datang melambung jaguh daerah.. terus disapa oleh bendahara..jaguh yang agak terkejut sedikit gentar berundur setapak..kemudian beredar..


Tuan burung betulkan jebak kerana merbok hutan tiada nafsu untuk memijak kayu pelentik..

Datang semula jaguh siap mengalunkan suara yang merdu meratusnya..aduss indahnya..

Kemudian terjun ke tanah..entah dari mana terjun seekor merbok isteri jaguh yang cuba belaku sumbang dengan bendahara sisek 41.

Buktinya


Akan disatukan dengan pikat 41 apabila pikat pencen.

Sekian tq



Tiada ulasan:

Catat Ulasan