Sabtu, 20 September 2014

Tangkapan ke-37: pikat sisek 41 bekerja keras

Salam..

Akhirnya slot dikhaskan untuk tangkapan burung ke-37 sudah berisi.

SILA KLIK DI SINI

Jam 2 petang, cuaca yang mendung sudah menunjukkan matahari.  Pagi hujan gerimis saya mencuba di laman 35. Hasilnya burung muda.

Sampai di laman saya disambut oleh sekawan lembu. Masalah juga ni.
Selepas menaikkan kantau saya menyorok sambil bermain dengan lembu. Tidak lama kemudian kedengaran otai sisek 37 berbunyi. Macam kocak gondang, lambung & keras pun ada. 3 suara berbeza boleh dibuat oleh otai ini.

Otai masuk laman, tetapi meratus jauh. Pada masa inilah otai melambung suara, menekan & suara patah. Pikat turut mengeluarkan senjata termasuk derak kasarnya. Masih gagal untuk membuatksn otai terjun sekadar melompat masuk anggar.

Untuk menghilangkan gelisah saya bermain dengan lembu. Memang niat nak menternak lembu jadi sambil sentuh muka, dagu lalu habis saya dijilatnya.

Pikat mula membuat derak disulam dengan meratus. Setelah hampir sejam akhirnya otai turun ke tanah. Tidak sampai 1 minit otai naik ke anggar pelentik & berderak. Tidak tahan dengan pikat, otai terus terjun ke arah pelentik tapi betul2 di hujung.

Hati jangan cakaplah berdebar-debar. Berlari ke arah jebak saya menurunkan otai dengan berhati-hati;..tangan menggigil tuh. Macam pertama kali dapat burung..nak snap picture tapi burung dah mengelupur takut terlepas otai nie..

Puas hati boleh rehat sebulan.

Sekian, terima kasih kerana membaca blog ini.

Sam




2 ulasan: