Isnin, 1 September 2014

Tangkapan ke 32-34: 2 ekor Pikat sisek 41 & 1 ekor krtu (ke-9: direhatkan)

As-salam.

Selamat Hari Merdeka!!!

Jam 7.30am saya menyiapkan terkukur pesum & 2 pikat merbok untuk menangkap dilaman target semalam.

Laman pertama 2 otai tengsh meratus target otai rusuk kanan saya kerana suara saya berkenan.  Sayang banyak gangguan termasuklah daripada manusia yang tidak memahami erti memikat burung.

Pindah pikat; otai rusuk kiri memberi respon & melambungkan diri. Sayang seribu sayang burung hutan hanya melambung ke kiri & kanan sahaja melangkau jebak.  Masuk pula suara kasar terus ke pokok & terus ke arah pikat.  Alamak terjun tanah pula kerana betina menanti. Otai masuk pokok lalu turut serta dengan burung di tanah. Salah sekor burung ditanah terus terjun ke pelentik. Tinggi tuh..!!

Pikat sisek 41 dengan muka kuning.  Barang pulak kurang.




Bertukar ke laman ke 2. Terdengar suara gembur aka kocak lembut terus saya jatuh hati.  Naikkan kantau Pikat sisek 41, otai gembur terus beredar. Pikat memberi salam ke otai pokok di atas kepala. Salam bersambut. Selang 15 minit otai gembur datang semula, terus diangguk pikat. Burung matang kerana otai gembur hanya meratus lalu berpusing.  Panas dengan pikat; terus otai gembur melompat pendek ke arah pelentik. Cepat & tepat.


Otai muka kuning pengganti burung ke Melaka.  Bakal pikat baru dengan suara kocak lembut. Terbaik dari ladang.!!

-sam









Tiada ulasan:

Catat Ulasan